Pada 26 Disember 2004 ,satu peristiwa yang menggemparkan dunia iaitu tragedi Tsunami yang terbesar pernah dicatatkan diabad ini telah tercetus dengan mengakibatkan korban lebih 280,000 nyawa. Di Aceh sahaja, dianggarkan kehilangan seramai 130,000 nyawa manakala Malaysia turut kehilangan 75 nyawa.

Berikut adalah beberapa fakta berkaitan dengan kejadian tersebut

Gempa Bumi Ke-3 Terbesar Di Dunia

Pada jam 7.59 pagi waktu tempatan ,suatu gempa dengan bacaan 8.8 pada skala richter telah dikesan, namun setelah kajian terperinci dijalankan , ianya telah disahkan sebagai 9.3 pada skala richter (gempa bumi ke-3 paling kuat di dunia yang pernah direkodkan).

Melibatkan 14 buah negara

Gempa bumi yang berpusat kira-kira 160 km di utara Pulau Simeulue pada kedalaman 30 km ini , menyebabkan tsunami di 14 negara dengan gelombang laut mencapai Maldives , Myanmar ,Somalia ,Sri Lanka ,Thailand ,Bangladesh ,South Africa , Madagascar, Kenya, Tanzania dan Kepulauan Seychelles.

280,000 Korban

Kira-kira 280.000 orang telah terkorban ketika kejadian itu termasuk Indonesia (167,799) , Sri Lanka (35,322), India (18,045) ,Thailand (8,212) ,Somalia (289) , Myammar (600) ,Malaysia (75) ,Tanzania (13) ,Kepulauan Seychelles (3) ,Bangladesh (2) dan afrika Selatan (2) . manakala 45,000 orang lagi dianngarkan telah hilang di dalam kejadian malang itu.

Kekuatan Gempa 1500 kali kuat dari Bom Atom Hiroshima

Tenaga yang dilepaskan ke permukaan bumi dianngarkan menyamai kekuatan 1500 bom atom yang dilepaskan di Hiroshima dalam Perang Dunia ke-2. Kekuatannya ditaksirkan sebanyak 26 Megaton TNT yang dilepaskan.

Inisiatif Pengasas

Menginsafi tragedi yang menyayat hati itu ,Ahli-Ahli Pengasas dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia telah menginisiatifkan penubuhan Yayasan Pembangunan Anak Yatim / Miskin demi membantu memperjuangkan nasib serta masa depan anak-anak yatim / miskin menerusi pelbagai program kebajikan dan pendidikan serta misi kemanusiaan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Sebuah pusat perlindungan dan pembelaan anak-anak yatim / miskin mangsa Tsunami telah diwujudkan di Banda Aceh bagi menampung keperluan anak-anak yatim / miskin yang terbabit.