Unit Berunifrom di Skeolah Kebangsaan Pantai Boring Beluran merupakan salah satu komponen utama dalam bidang kokuriukulum yang bertujuan membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri murid secara menyeluruh. Pelaksanaan aktiviti unit beruniform dilaksanakan selaras dengan dasar dan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Penglibatan murid dalan unit beruniform memberi penekanan kepada pembentukan nilai kepimpinan, kerjasama, tanggungjawab serta semangat cintakan sekolah dan negara. Melalui aktiviti yang terancang dan berterusan, unit beruniform berperanan melahirkan murid yang berdisiplin, berdaya tahan serta mempunyai sahsiah terpuji.
Membentuk murid yang berdisiplin , berdikari dan berkemahiran melalui aktiviti kepimpinan, kerjasama dan khidmat masyarakat.
Membentuk murid yang berdisiplin, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik melalui latihan yang terancang dan berterusan.
Membentuk murid perempuan yang berakhlak mulia, berdisiplin dan berkeperibadian seimbnag berlandaskan nilai-nilai Islam.