Bahagian Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Pantai Boring Beluran berperanan merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kokurikulum selaras dengan dasar dan ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan kokurikulum merangkumi bidang sukan dan permainan, unit beruniform serta kelab dan persatuan sebagai wahana pembangunan sahsiah murid.
Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum bertujuan membentuk disiplin, kepimpinan, kerjasama dan jati diri di samping menggalakkan gaya hidup serta keseimbangan antara akademik dan pembangunan insaniah.