Fasa Pertandingan
Fasa Pertandingan
Saringan Awal
Kuiz dalam talian - fasa ini dijalankan sepenuhnya secara dalam talian melalui integrasi pelantar DELIMa. Murid wajib log masuk menggunakan ID rasmi DELIMa dan menonton video serta membaca nota berkaitan Pencarian Wira Bijak Tenaga.
Separuh Akhir
Dalam fasa ini, 30 peserta terbaik yang terpilih daripada saringan awal akan diberikan ruang untuk menonjolkan bakat, kreativiti, dan pemikiran kritis mereka melalui rakaman video. Murid digalakkan untuk meneroka pelbagai kaedah penyampaian kreatif mengikut kategori masing-masing.
Peringkat Akhir
Lima (5) finalis terbaik daripada setiap kategori akan dipilih berdasarkan prestasi cemerlang di peringkat Separuh Akhir untuk bertanding secara langsung sempena Karnival Bijak Tenaga 2026. Finalis akan diuji dari segi ketangkasan berfikir, keyakinan diri & kemahiran penyampaian di hadapan panel juri.
Fasa 1 (Saringan Awal)
Kelayakan Penyertaan
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah (Tahun 4–6) dan sekolah menengah (Tingkatan 1–5) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) sahaja di seluruh negara.
Pihak sekolah atau ibu bapa/penjaga digalakkan untuk membimbing dan menghantar seberapa banyak penyertaan daripada murid sekolah masing-masing tanpa had jumlah peserta.
Setiap murid perlu mengisi borang pendaftaran awal di Google Form yang disediakan.
Tatacara Log Masuk & Pendaftaran
Semua murid wajib log masuk ke platform pertandingan melalui portal DELIMa.
Murid mestilah menggunakan ID rasmi DELIMa (@moe-dl.edu.my).
Penggunaan ID peribadi (Gmail/Yahoo) tidak dibenarkan bagi tujuan pengesahan merit PAJSK.
Modul Persediaan (Toolkit Wira Tenaga)
Sebelum menjawab kuiz, murid perlu menonton video dan meneliti nota yang disediakan pada bahagian Sumber Rujukan.
Bahagian ini mengandungi modul video interaktif dan nota sebagai bahan rujukan utama bagi soalan-soalan dalam kuiz saringan awal.
Mekanisme Kuiz Dalam Talian
Kuiz dalam talian mengikut zon bermula dari 21 hingga 25 Jun 2026, antara 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Murid dinasihatkan untuk tidak menjawab kuiz pada saat akhir bagi mengelakkan sebarang kemungkinan ralat pada sistem.
Butang "Mula Kuiz" hanya akan diaktifkan sekiranya murid telah bersedia untuk menjawab soalan pertama.
Kepelbagaian Peranti - kuiz boleh dijawab menggunakan komputer riba, tablet, atau telefon bimbit dengan sambungan internet yang stabil.
Sebanyak 40 soalan objektif akan dijana secara rawak daripada bank soalan untuk setiap peserta bagi menjamin integriti penilaian.
Tempoh Masa - masa selama 1 jam (60 minit) diperuntukkan secara automatik sebaik sahaja murid mula menjawab soalan pertama.
Sistem kuiz akan memaparkan masa berbaki (countdown) secara langsung pada skrin sepanjang kuiz berlangsung.
Murid wajib klik butang 'HANTAR' setelah selesai menjawab untuk merekodkan markah ke dalam sistem.
Skop Penilaian Mengikut Kategori
Soalan dibahagikan mengikut tahap kognitif murid seperti berikut:
Kategori Sekolah Rendah: Fokus kepada literasi asas tenaga, pengenalan simbol keselamatan elektrik, serta amalan praktikal penjimatan tenaga di rumah dan sekolah.
Kategori Sekolah Menengah: Fokus kepada konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melibatkan inovasi tenaga, teknologi hijau, solusi masalah tenaga lestari, dan pengurusan tenaga secara holistik.
Kriteria Pemilihan & Pengiktirafan
Sekiranya terdapat persamaan markah, tempoh masa terpantas bagi melengkapkan kuiz akan diambil kira sebagai kriteria pemutus.
Setiap murid yang melengkapkan kuiz akan menerima E-Sijil Penyertaan Peringkat Kebangsaan yang boleh dimuat turun secara automatik sebaik sahaja tugasan dihantar.
Hanya 30 peserta terbaik daripada setiap kategori akan terpilih untuk meneruskan cabaran ke Fasa 2 (Separuh Akhir).
Fasa 2 (Separuh Akhir)
Hanya 30 peserta terbaik daripada setiap kategori (Fasa 1) akan layak ke fasa ini. Peserta dicabar untuk mengaplikasikan pengetahuan literasi tenaga mereka ke dalam bentuk kandungan digital yang kreatif.
Hebahan & Tugasan
Peserta yang layak akan menerima emel pengesahan dan taklimat tugasan melalui akaun DELIMa mereka.
Tema video:
Kategori Sekolah Rendah: "Misi Wira Tenaga di Rumah/Sekolah Saya" – fokus kepada amalan harian bijak tenaga dan keselamatan elektrik sama ada di rumah atau di sekolah. Peserta kategori ini bebas untuk memilih gaya persembahan video seperti demonstrasi, vlog atau bercerita.
Kategori Sekolah Menengah: "Inovasi Tenaga Lestari: Satu Masalah, Satu Penyelesaian" – fokus kepada solusi kreatif bagi isu tenaga atau teknologi hijau. Peserta kategori ini perlu menyampaikan hujah atau idea inovasi berkaitan tema yang diberikan.
Spesifikasi Teknikal Video
Durasi: maksimum 3 minit.
Format Fail: MP4 atau MOV (Resolusi minimum 720p).
Bahasa: Bahasa Melayu
Peserta wajib memperkenalkan diri (nama & sekolah).
Tatacara Penghantaran Video
Peserta perlu memuat naik fail video yang telah siap ke dalam Google Drive menggunakan akaun rasmi DELIMa masing-masing.
Pastikan tetapan kongsi (share) bagi pautan video tersebut ditukar daripada 'Restricted' kepada 'Anyone with the link'.
Salin pautan (copy link) video daripada Google Drive tersebut, kemudian tampal (paste) pautan tersebut ke dalam Google Form khas yang disediakan melalui portal pertandingan.
Kriteria Pemilihan ke Peringkat Akhir
Penjuriaan akan dilakukan oleh panel pakar daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) dan rakan industri.
Hanya 5 Finalis Terbaik daripada setiap kategori akan dipilih untuk bertanding secara langsung di Karnival Bijak Tenaga 2026.
Keputusan adalah muktamad.
Fasa 3 (Pertandingan Akhir)
Fasa ini merupakan kemuncak kepada Pencarian Wira Bijak Tenaga Kebangsaan 2026 yang akan diadakan secara fizikal sempena Karnival Bijak Tenaga 2026 di Ipoh, Perak.
Hanya 5 Finalis Terbaik daripada setiap kategori akan dipilih berdasarkan markah terkumpul dari Fasa 1 dan Fasa 2.
Format Pertandingan Akhir
Kategori Sekolah Rendah: Pertandingan kuiz interaktif di atas pentas yang menguji kepantasan, ketepatan fakta literasi tenaga, dan kesedaran keselamatan elektrik.
Kategori Sekolah Menengah: Finalis akan membentangkan idea inovasi mereka secara langsung di hadapan panel juri pakar dan penonton. Sesi ini merangkumi pembentangan (pitching) dan sesi soal jawab (Q&A) yang mencabar kebolehlaksanaan idea tersebut.
Kebajikan & Logistik Finalis
Pihak penganjur komited untuk memastikan setiap finalis dapat bertanding dalam keadaan yang selesa.
Berikut adalah kemudahan yang disediakan:
Elaun penginapan akan disediakan oleh pihak penganjur bagi finalis yang diiringi oleh ibu bapa/penjaga (3 hari 2 malam).
Setiap finalis layak menerima elaun pengangkutan dan elaun makanan seperti yang telah ditetapkan oleh penganjur.
Jadual & Lokasi
Lokasi: Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.
Tarikh: Pertandingan Akhir akan berlangsung pada 25 Julai 2026 manakala sesi penyampaian hadiah akan diadakan pada 26 Julai 2026.
Sistem Pemarkahan Kumulatif
Juara Kebangsaan bagi setiap kategori akan ditentukan melalui gabungan markah keseluruhan:
20%: Markah Kuiz Saringan (Fasa 1)
30%: Markah Video Separuh Akhir (Fasa 2)
50%: Prestasi di Pentas Akhir (Fasa 3)