1. Apa itu Pencarian Wira Bijak Tenaga Kebangsaan?
Pencarian Wira Bijak Tenaga Kebangsaan merupakan pertandingan secara dalam talian anjuran Suruhanjaya Tenaga melalui Malaysia Energy Literacy Programme (MELP) melalui pelantar pembelajaran dalam talian DELIMa dan turut menawarkan mata PAJSK daripada Kementerian Pendidikan (KPM). Ia bertujuan melahirkan generasi Bijak Tenaga melalui peningkatan tahap literasi tenaga, kesedaran keselamatan dan kefahaman kelestarian dalam kalangan murid sekolah rendah serta menengah di Malaysia.
2. Apakah kategori pertandingan?
Kategori Wira Tenaga Muda (Sekolah Rendah - Darjah 4-6)
Kategori Wira Inovasi Muda (Sekolah Menengah - Tingkatan 1-5)
3. Siapa yang boleh menyertai pertandingan ini?
Terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah bawah KPM berstatus Warganegara Malaysia berumur 10–17 tahun pada tahun 2026.
4. Bilakah tempoh penyertaan pertandingan?
Tempoh pertandingan bermula dari 1 Jun 2026 sehingga 26 Julai 2026.
Saringan awal (kuiz dalam talian) akan bermula pada 21 Jun 2026 hingga 25 Jun 2026 mengikut zon.
Tempoh peringkat separuh akhir pula akan diadakan selama dua minggu bermula 1 Julai 2026 hingga 14 Julai 2026.
Peringkat akhir akan diadakan pada 25 Julai 2026 di Ipoh, Perak.
5. Bagaimana cara untuk menyertai pertandingan ini?
Setiap murid perlu mengisi borang pendaftaran awal di Google Form yang disediakan.
Log masuk ke platform pertandingan melalui portal DELIMa mengikut tarikh dan zon ditetapkan.
Peserta mestilah menggunakan ID rasmi DELIMa (@moe-dl.edu.my). Penggunaan ID peribadi (Gmail/Yahoo) tidak dibenarkan bagi tujuan pengesahan merit PAJSK.
Peserta perlu menonton video dan meneliti nota yang disediakan pada bahagian Sumber Rujukan sebelum memulakan kuiz.
Mula menjawab kuiz dalam talian mengikut zon bermula dari 21 hingga 25 Jun 2026, antara 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
30 peserta terbaik bagi saringan awal akan terpilih untuk meneruskan misi ke peringkat separuh akhir.
6. Apakah hadiah yang ditawarkan?
Setiap pemenang bagi kedua-dua kategori bakal membawa pulang hadiah dalam bentuk Tabung Pendidikan Simpan SSPN Prime (tertakluk kepada kelulusan SSPN) berserta sebuah Trofi Penghargaan."
Tempat Pertama: Simpan SSPN Prime Bernilai RM3,000 & trofi
Tempat Kedua: Simpan SSPN Prime Bernilai RM2,000 & trofi
Tempat Ketiga: Simpan SSPN Prime Bernilai RM1,500 & trofi
Tempat Keempat: Simpan SSPN Prime Bernilai RM1,000 & trofi
Tempat Kelima: Simpan SSPN Prime Bernilai RM800 & trofi
Hadiah sagu hati: Simpan SSPN Prime Bernilai RM250 (x 25 pemenang)
7. Adakah peserta perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga?
Ya, kebenaran ibu bapa perlu dilengkapkan melalui Google Form Pendaftaran.
8. Adakah video yang dirakam pada peringkat separuh akhir boleh memaparkan ahli keluarga, rakan, atau guru?
Boleh, dengan persetujuan ibu bapa (rujuk Lampiran A).
9. Apa kriteria penilaian yang digunakan?
Juara bagi setiap kategori akan ditentukan melalui gabungan markah keseluruhan:
20%: Markah Kuiz Saringan (Fasa 1)
30%: Markah Video Separuh Akhir (Fasa 2)
50%: Prestasi di Pentas Akhir (Fasa 3)
10. Adakah pertandingan ini perlu bayaran?
Penyertaan adalah PERCUMA dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
11. Adakah penyertaan pertandingan ini melibatkan markah PAJSK?
Ya. Penyertaan pertandingan ini melibatkan markah PAJSK sekiranya peserta berjaya menjawab kesemua soalan kuiz pada saringan awal.
12. Siapa yang boleh dihubungi jika ada pertanyaan?
Ir. Ts. Muhammad Faisal bin Muhammad Yusoff (emel: melp@st.gov.my)
13. Bagaimana ibu bapa/penjaga boleh mendapatkan hebahan dan maklumat semasa pertandingan ini?
Ibu bapa/penjaga boleh mendapatkan hebahan di pelantar DELIMa dan sertai saluran telegram rasmi pertandingan melalui pautan berikut: https://t.me/+isGCWzLLlN42NmM1