Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-nya, kita dapat lagi meneruskan perjuangan yang diamanahkan kepada kita sebagai pendidik dan pembentuk bangsa. Saya, Azman bin Madaud selaku pemimpin organisasi di Sekolah Kebangsaan Kampung Igan (SKKI), Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8, Dalat mendasari kepimpinan transformasional yang melihat kepada aspek intuitif yang mana pendekatan ini mengkehendaki saya untuk bersemuka dengan semua personel (guru dan bukan guru) dan bertindak membuat anjakan paradigma demi kebaikan semua pihak di sekolah ini. Hal ini selaras dengan sistem pendidikan yang memerlukan perubahan pendekatan secara kompeten, bertepatan, efisien, berkesan dan berterusan dengan keperluan setempat dan komuniti sekitar.
Insan Gemilang Aspirasi Negara
AZMAN BIN MADAUD
Guru Besar
SK Kampung Igan, Dalat
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8 | TS25 KOHORT 5.0