VIDEO PROMO PENYERTAAN AWAM
VIDEO PROMO PENYERTAAN AWAM
Tempoh Penyertaan: 1 Jun 2024 - 6 September 2024
VIDEO PROMO PENYERTAAN PELAJAR SEKOLAH
Tempoh Penyertaan: 1 Julai 2024 - 6 September 2024
TEMA: MALAYSIA MADANI
Selaras dengan Teras Perpaduan Malaysia: Identiti Nasional, pemahaman budaya, adat resam, bahasa, dan nilai murni adalah strategi utama untuk kembara perpaduan. Justeru, UiTM Cawangan Selangor mengajak anda merakam gambar untuk menyokong integrasi perpaduan masyarakat Malaysia Madani dan kukuhkan identiti kebangsaan dengan menyertai Pertandingan Fotografi Wajah-Wajah Perpaduan Malaysia 2024
INISIATIF
Pertandingan dan pameran ini merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor.
Pengenalan UiTM Cawangan Selangor
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor ditubuhkan hasil daripada transformasi UiTM yang mewujudkan Model Tadbir Urus 1 UiTM MultiSistem dengan fokus utamanya sebagai universiti berintensifkan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Penglibatan Masyarakat. UiTM Cawangan Selangor ditubuhkan secara rasminya pada 1 November 2015 dengan pelantikan Rektor pertama iaitu YBhg. Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah.
Terdapat 5 buah UiTM Cawangan Selangor iaitu:
Imej fotografi merupakan salah satu medium komunikasi dalam bidang seni visual yang mempunyai perkaitan antara nilai dan prinsip estetika seni. Malah, ianya mempunyai impak yang besar terhadap perspektif seni, kandungan sosial, kebudayaan dan sejarah. Imej fotografi sering dianggap sebagai saksi peristiwa sejarah dan kehidupan dalam masa tertentu dan tidakĀ bersifat berat sebelah.
Ianya merupakan pendekatan penting dalam merakam peristiwa-peristiwa semasa dan dapat memberikan impak emosional dan sosial yang mendalam dalam masyarakat; merupakan platform yang serba boleh dalam menyampaikan maklumat dan ia amat berkait rapat mengenai sesuatu wawasan, ingatan, kebudayaan dan negara. Oleh yang demikian ianya amat signifikan dalam menyokong objektif perpaduan, integrasi, dan memperkukuhkan identiti kebangsaan yang selari dengan konsep Malaysia Madani yang menjadi teras kepada Jabatan Perpaduan Negara.
ASPIRASI
Memotret wajah-wajah Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat dan etnik untuk merayakan kepelbagaian budaya yang unik dan Madani.
Menunjukkan pelbagai warisan budaya yang wujud di Malaysia berunsurkan konsep Malaysiarana.
Memvisualisasikan kesatuan dan keunikan dalam kepelbagaian komuniti (konsep Madani), dan menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara yang bersatu walaupun berbilang kaum (Malaysiarana).
Membangun pengkalan data visual dengan penghasilkan koleksi foto yang mencerminkan semangat dan keunikan negara.