sila klik link diatas untuk membuat tempahan atau sila hantar bukti pembayaran kepada email manaf8227@gmail.com
Harga buku merupakan sumbangan anda kepada WADAH Sabah. Maklumat akaun:
Bank: Bank Islam
Penama: Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia
No. Akuan: 10016010077374
Bentuk buku: ebook
Harga: RM15.00
Wacana Sejarah Kedatangan Islam ke Borneo – Sebuah nota kecil bicara Sejarah besar ini adalah sebuah monograf kecil pencatatan semula nota-nota perbincangan berkaitan sejarah umat Islam di negeri Sabah khususnya dan di Borneo amnya.
Monograf ini kami kemukakan sebagai salah-satu usaha pendokumentasian berkaitan maudu sejarah kedatangan Islam ke Borneo. Kerana masih kurang makalah-makalah yang memberi tumpuan kepada maudhu ini. Sekurang-kurangnya ia memberi latar sejarah untuk difahami oleh masyarakat umum khususnya generasi muda. Ini juga sejajar dengan perubahan geopolitik, landskap dan suasana baharu di Borneo.
Monograf ini mengambil pendekatan mencerakinkan maudhu sejarah kedatangan Islam ke Borneo kepada juzuk-juzuk kecil. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban seseorang pembaca umum untuk berhadapan dengan fakta dan data yang sarat. Dalam masa yang sama, diharap mereka lebih fokus kepada maqasid (tujuan) tema pensejarahan berkenaan. Kami mengharapkan pendekatan ini lebih santai dan mesra. Pendekatan ini diharap dapat menarik minat pelbagai golongan. Walaubagaimanapun di dalam monograf ini, kami bekalkan sumber-sumber rujukan yang boleh disemak untuk melihat fakta dan data berkaitan dengan lebih lanjut. Untuk mendapatkan naskah ini sila hubungi kami.
Bentuk buku: ebook
Harga: RM 6.00
Buletin Wadah Edisi Oktober 2025
Prinsip Wasatiyyah dalam Pengurusan Biowaste [Abdul Manap Mahmud]
Pesan Imam Al-Ghazali dalam Ayyuhal Walad dan Relevansinya terhadap Pembinaan Generasi Muda Masa Kini [Sekretariat Usrah dan Wacana Ilmu, WADAH Negeri Sabah]
Daulat Rakyat sebagai Asas Legitimasi menurut Siddiq Fadzil [Unit Perpustakaan Siddiq Fadhil, WADAH Negeri Sabah]
Model Politik Perpaduan dalam Sejarah Islam dan Moden: Suatu Analisis terhadap Kerjasama antara Parti-Politik [Akademi Sejarah dan Kajian Masa Depan Sabah (ASAS)]
Perpaduan Umat Menurut Yusuf al-Qaradawi dalam Kerangka Fiqh al-Daulah dan Realiti Geopolitik Kontemporari [Unit Pengajian Kerja Sosial, WADAH Negeri Sabah]
Dimensi Moral dan Spiritual Menurut Hamka di dalam Karya “Falsafah Hidup” [Unit Pendidikan al-Hikmah, WADAH Negeri Sabah]
WACANA FIQH MALAYSIA, Prosiding Wacana Fiqh Malaysia 2016: Peinsip dan Dinamisme Dalam Masyarakat Plural. Pada 27.08.2016 di Dewan Amil Jaya DBP Cawangan Sabah, Likas Kota Kinabalu. Anjuran WADAH, ABIM, CONCERN dan JAKIM.
Prosiding ini mengandungi beberapa kertas kerja penting yang boleh dijadikan garis panduan kepada semua pihak. kertas kerja berkenaan adalah
Konsep Fiqh Malaysia - Kajian literatur [ Dr Yusuf Jasmin],
Memahami fiqh Malaysia dalam konteks Waqi Sabah [Hj Sainuri Yahmin],
Fiqh Malaysia dalam Dinamisme Dakwah di Malaysia [ Dato Hj Ahmad Azam Abdul Rahman],
Fiqh Malaysia dalam Masyarakat plural di Sabah: Kajian kes terhadap gabungan NGOs Islam Sabah 2006-2015 [Haji Sainuri Yahmin dan Abdul Manap Mahmud],
Fiqh Malaysia dalam pendidikan generasi [Abdul Manap Mahmud, Ansir Salim dan Hassanudin Hj Guliling],
Sejarah Perkembangan Islam di Borneo: Suatu Kajian Persejarahan [Milus Hj Abdul Wahab]
turut dimuatkan adalah
MEMORANDUM HIJRAH 1447H WADAH Sabah. Memorandum ini mengandungi.
Memorandum tentang Pendidikan; Memorandum tentang dakwah; Memorandum tentang Dasar dan Polisi Awam; Memorandum hubungan Islam Serantau; dan Memorandum tentang Belia.