SEJARAH PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
Sila klik link di atas untuk melihat video ringkas tentang sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Idea penubuhan Persatuan Kebajikan Veteran Polis Malaysia (VPOL) dicetuskan oleh jawatankuasa penaja yang pada ketika itu yang mempunyai niat agar kebajikan veteran polis dan keluarga mereka disemua peringkat dapat diperjuangkan dan sentiasa mendapat perhatian daripada pemimpin serta masyarakat. Walaupun sebagai badan NGO yang tidak mempunyai sumber kewangan tetap namun niat untuk membantu tetap diteruskan. VPOL ditubuhkan secara rasminya pada 12 April 2022 dengan membawa misi utama kebajikan kepada veteran polis secara amnya. Bersandarkan misi untuk memperluaskan khidmat kebajikan kepada veteran polis serta masyarakat.
AHLI LEMBAGA PENASIHAT
Ahli Lembaga Penasihat VPOL terdiri daripada mereka yang mempunyai pelbagai latarbelakang yang mempunyai pengalaman luas dan pakar di dalam bidang yang mereka ceburi. Dengan adanya Ahli Lembaga Penasihat VPOL, ianya membuka lembaran perjuangan Veteran Polis dan keluarga dengan lebih luas dan lebih sistematik dengan nasihat daripada mereka yang pakar.
Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat VPOL
Yang Berhormat
Syed Ahmad Syed Al-Hadad
ADN Lembah Jaya
Ahli Lembaga Penasihat
Yang Berbahagia
Tuan Haji Yahya Bin Haji Mat Sahri
Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri
Ahli Lembaga Penasihat
Yang Berbahagia
Kolonel Bersekutu (PA),
ADJ Prof. Datuk Dr. Mohamed Alwi Bin Haji Abdul Rahman
Ahli Lembaga Penasihat
Yang Berbahagia
ACP (B) Datin Sharifah Zanariah Bt S Mahamood
Ahli Lembaga Penasihat
BARISAN KEPIMPINAN VPOL
Barisan kepimpinan VPOL terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam melaksanakan program-program kebajikan dan kemasyarakatan. VPOL hadir untuk memimpin agenda kebajikan Veteran Polis yang meliputi Bekas Polis, Pesara Polis dan Keluarga mereka. Berbekal semangat bahawa tiada sesiapa yang patut ketinggalan dalam mendapatkan bantuan kebajikan iaitu kebajikan untuk semua tanpa mengira latarbelakang. Kami juga percaya perubahan dari segi dasar dapat membantu kebajikan veteran polis dan keluarga mereka untuk jangkamasa panjang.
PRESIDEN
TIMBALAN PRESIDEN
SETIAUSAHA AGUNG (SUA)
PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG (PSUA)
BENDAHARI AGUNG