KEAHLIAN VPOL
PERMOHONAN MENJADI AHLI / AHLI BERSEKUTU PERSATUAN KEBAJIKAN VETERAN POLIS MALAYSIA (VPOL)
Ingin menjadi sebahagian daripada keluarga VPOL. Permohonan untuk menjadi Ahli terbuka kepada dua kategori :
Syarat Kelayakan sebagai Ahli / Ahli Bersekutu VPOL adalah:
1. Ahli Biasa:
1.1 Berusia 18 Tahun dan ke atas.
1.2 Merupakan Veteran Polis berpencen atau tidak berpencen :
- Veteran Polis Berpencen : Adalah merupakan mereka yang berkhidmat secara tetap dan menerima bayaran pencen daripada Kerajaan Malaysia.
- Veteran Polis Tidak Berpencen : Adalah mereka telah berkhidmat di Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara tetap tidak kurang daripada 12 Bulan dan Sukarelawan Polis yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 24 Bulan di dalam Pasukan Simpanan Polis (PVR).
2. Ahli Bersekutu:
2.1 Berusia 18 tahun dan ke atas.
2.2 Merupakan Pasangan/ Anak / Cucu kepada Veteran Polis.
3. Sila klik link borang permohonan dibawah untuk permohonan menjadi ahli / ahli bersekutu :
https://forms.gle/2Kee9LJ4NW8v8V4T8
Tiada sebarang yuran dikenakan atau perlu dibayar ketika borang ini dihantar. Pembayaran yuran hanya dan hendaklah dilakukan apabila menerima makluman rasmi daripada VPOL untuk keahlian yang telah diluluskan dan diaktifkan. Penama hanya sah menjadi ahli / ahli bersekutu apabila yuran persatuan telah diselesaikan sepenuhnya dan keahlian telah diaktifkan.
4. Ahli dan Ahli Bersekutu yang keahlianya telah diluluskan dan diaktifkan boleh memohon untuk mendaftar sebagai Ahli Tabung Kebajikan dan Kematian VPOL.
Adalah dimaklumkan bahawa sebarang kelulusan permohonan sebagai Ahli / Ahli Bersekutu VPOL dan Ahli Tabung Kebajikan dan Kematian VPOL adalah tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Majlis Tertinggi VPOL. Segala keputusan Jawatankuasa Majlis Tertinggi adalah muktamad.
Untuk sebarang pertanyaan Tuan/Puan boleh menghubungi :
Hotline VPOL : 018- 2390097 (Whataps)
RAKAN VPOL / RAKAN NIAGA VPOL
RAKAN VPOL
Ingin menjadi sebahagian daripada keluarga VPOL. VPOL membuka permohonan melalui konsep penerapan kesukarelawanan. Rakan VPOL diwujudkan dengan tujuan mendekatkan veteran polis dengan masyarakat. Ianya akan membuat masyarakat mengenali lebih dekat veteran polis yang berada disekitar kawasan mereka dan membantu veteran polis yang memerlukan.
Permohonan secara online sebagai Rakan VPOL. Sila klik link dibawah :
*Segala permohonan yang diterima bagi permohonan rakan VPOL dan Rakan Niaga VPOL akan diproses dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta keputusan jawatankuasa Majlis Tertinggi VPOL. VPOL berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberikan sebarang sebab dan keputusan tersebut adalah muktamad.
RAKAN NIAGA VPOL
RAKAN NIAGA VPOL
Terbuka kepada semua warga korporat / entiti perniagaan / entiti swasta yang ingin membentuk kerjasama dengan VPOL dalam semangat untuk mencapai objektif utama VPOL iaitu kebajikan. Ianya juga dapat menjadi jambatan penghubung diantara veteran polis dan warga korporat. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai Rakan Niaga VPOL.
*Segala permohonan yang diterima bagi permohonan rakan VPOL dan Rakan Niaga VPOL akan diproses dan adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta keputusan jawatankuasa Majlis Tertinggi VPOL. VPOL berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberikan sebarang sebab dan keputusan tersebut adalah muktamad.