1. Keselamatan Peribadi
Pastikan anda dalam keadaan sihat sebelum memulakan aktiviti. Jika berasa tidak sihat, elakkan daripada meneruskan.
Lakukan regangan dan pemanasan sebelum berjalan untuk mengelakkan kecederaan.
Pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti berjalan.
Pastikan penyertaan aktiviti Fun Walk mendapat kebenaran daripada ibubapa dan sekolah.
Pelajar sekolah rendah sekiranya ingin melaksanakan aktivti berjalan di luar kawasan rumah atau sekolah pastikan mendapat pengawasan dari ibubapa .
2. Keselamatan di Laluan
Pilih laluan yang selamat, seperti taman, trek pejalan kaki, atau kawasan yang kurang sibuk.
Elakkan berjalan di kawasan yang berisiko tinggi seperti jalan raya yang sibuk atau kawasan berbukit curam.
Jika berjalan di waktu pagi atau petang, pastikan kawasan tersebut mempunyai pencahayaan yang mencukupi.
Sentiasa perhatikan keadaan sekeliling dan elakkan gangguan seperti penggunaan telefon bimbit secara berlebihan.
3. Penggunaan Peralatan
Gunakan aplikasi penjejak langkah atau jam pintar untuk memantau jarak dan masa perjalanan.
Pastikan telefon bimbit dicas sepenuhnya sebelum memulakan aktiviti untuk kecemasan atau navigasi.
Bawa air minuman untuk kekal hidrasi sepanjang perjalanan.
Bagi murid yang tidak mempunyai telefon, boleh lah dapat bantuan dari guru atau ibubapa untuk melengkapkan aktiviti tersebut.
Murid juga boleh melaksanakan aktiviti Fun Walk ini secara berkumpulan dengan hanya menggunakan 1 telefon dimana semua murid yang menyertai Fun Walk ini akan melampirkan bukti berjalan yang sama akan tetapi gambar dengan isyarat messenger of peace perlu diambil secara solo.
4. Peraturan Kesihatan dan Jarak Fizikal
Jika berjalan di tempat awam, pastikan mematuhi SOP dan garis panduan kesihatan yang ditetapkan.
Elakkan kawasan sesak dan jaga jarak fizikal sekurang-kurangnya 1-2 meter daripada orang lain.
Gunakan pelitup muka jika perlu, terutama di kawasan tertutup atau ramai orang.
5. Keselamatan Cuaca dan Keadaan Sekitar
Semak ramalan cuaca sebelum memulakan aktiviti untuk mengelakkan hujan lebat atau cuaca ekstrem.
Gunakan pelindung matahari (sunscreen), topi, atau cermin mata hitam jika berjalan di bawah terik matahari.
Jika berlaku keadaan darurat, segera hubungi pihak berkuasa atau orang terdekat untuk mendapatkan bantuan.