Rasional
Penganjuran aktiviti berjalan secara maya ini adalah untuk mempromosikan aktiviti berjalan dan pada masa yang sama meningkatkan tahap kecergasan peserta terutamanya murid sekolah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal. Disamping itu juga, secara tidak langsung aktiviti ini diharapkan dapat menjadi hiburan sihat dan dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar. Aktiviti ini juga untuk memperoleh markah penglibatan peringkat Negeri dalam Penilaian Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)