Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memudah cara serta memberi
panduan kepada:
Pegawai di Bahagian Pendidikan Swasta (BPS), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam hal ehwal penubuhan, pendaftaran, pengawalseliaan dan penguatkuasaan.
Pengusaha dalam proses penubuhan, pendaftaran dan pengoperasian sesebuah tadika mengikut peraturan dan standard yang ditetapkan.
BORANG PENDAFTARAN TADIKA SWASTA
TATACARA PERMOHONAN PENDAFTARAN TADIKA SWASTA
Sila muat turun borang BPS1 [TADIKA SWASTA]
Cetak semua halaman termasuk senarai semak dan suratcara pengelolaan.
Lengkapkan semua maklumat dengan HURUF BESAR
*dilarang menggunakan cecair pemadam.
Sediakan dokumen seperti yang dinyatakan dalam senarai semak.
Dokumen seperti salinan kad pengenalan WAJIB disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negeri.
Pelan lantai dan pelan lokasi sebaiknya dapat dikemukankan bersama kertas cadangan permohonan.
Hantar borang BPS1 Pindaan yang lengkap diisi dan semua dokumen berkaitan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lahad Datu untuk semakan.
Sekiranya ada yang kurang lengkap, pemohon perlu membuat penambahbaikan. Sebaliknya, permohonan yang lengkap akan dipanjangkan dan dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.
Arahan verifikasi ke premis akan dikeluarkan oleh JPN Sabah sebaik sahaja semua dokumen lengkap.
Laporan verifikasi akan diterima dan diproses untuk mengemukakan surat kepada 3 agensi terlibat (Kesihatan, MDLD, Bomba)
Setelah pengusaha mendapat sokongan dari mana-mana agensi, maka salinan surat sokongan tersebut boleh dikemukakan kepada JPN Sabah untuk memohon permit sementara. Namun, pengusaha adalah dinasihatkan untuk mendapatkan sokongan 3 agensi untuk permit tetap selama tahun.