DEFINISI INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA
Institusi Pendidikan Swasta (IPS) adalah institusi pendidikan bukan kerajaan dan bukan bantuan kerajaan yang menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah hingga peringkat lepas menengah (pra-universiti). IPS dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta dan menjalankan kurikulum yang telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
1. Tadika Swasta
Menawarkan Pendidikan prasekolah murid 4+ dan 5+ di premis yang mempunyai 10 atau lebih murid.
Menjalankan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) KPM.
Program tambahan hendaklah mendapat kelulusan KPM.
2. Pusat Tuisyen
IPS yang khusus menawarkan perkhidmatan bimbingan atau persediaan murid menduduki peperiksaan yang berdasarkan kurikulum kebangsaan.
3. Pusat Bimbingan
Menawarkan Pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
4. Pusat Kemahiran / Pusat Latihan
Menawarkan kursus jangka pendek bertaraf sijil tidak melebihi 3 bulan atau 20 jam kredit (bagi satu tahap).
5. Pusat Bahasa
Menawarkan kursus Bahasa yang tidak melebihi 3 bulan atau 20 jam kredit (bagi satu tahap).
6. Pusat Perkembangan Minda
Menjalankan program Pendidikan untuk perkembangan minda menggunakan metodologi tertentu seperti berdasarkan penggunaan gadget / peralatan, alat muzik dan teknik-teknik dalam pengiraan atau penulisan.
7. Sekolah Rendah/Menengah Akademik
Sekolah yang menawarkan Pendidikan wajib peringkat rendah bagi murid berusia 7 hingga 12 tahun dan Pendidikan peringkat menengah bagi murid berusia 13 hingga 19 tahun menggunakan kurikulum kebangsaan.
8. Sekolah Rendah/Menengah Agama
Sekolah yang menawarkan Pendidikan wajib peringkat rendah bagi murid berusia 7 hingga 12 tahun dan Pendidikan peringkat menengah bagi murid berusia 13 hingga 19 tahun menggunakan kurikulum kebangsaan dan / atau program tambahan disediakan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.
9. Sekolah Antarabangsa
Sekolah yang menawarkan kurikulum negara luar dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar serta menerima masuk murid warganegara dan bukan warganegara.
10. Sekolah Ekspatriat
Sekolah yang menggunakan kurikulum dan Bahasa pengantar rasmi negara asal untuk memberikan Pendidikan khususnya kepada komuniti negara itu dengan kebenaran kedutaan.
11. Sekolah Menengah Persendirian Cina
Menawarkan program Pendidikan formal menengah menggunakan Bahasa mandarin sebagai bahasa pengantar.
Dikawal selia oleh Malaysian Independent Chinese Secondary School (MICSS) Examination Board.
12. Sekolah Pendidikan Khas
Menawarkan program Pendidikan formal untuk murid yang berkeperluan Pendidikan khas menggunakan kurikulum kebangsaan atau kurikulum yang diluluskan (Sabah/Sarawak) sahaja.