Pengenalan
Visi Jabatan
Misi Jabatan
BERITA UPS
Taklimat SKPK Kota Bharu
24 MEI 2022: Terima Kasih, Pegawai UPS, PPD Kota Bharu kerana telah menganjurkan siri taklimat SKPK kepada IPS dalam daerah Kota Bharu. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Intan dengan jayanya pd 24 Mei.
Taklimat SKPK Gua Musang
Telah dilaksanakan untuk 2 daerah iaitu, Kuala Krai dan Gua Musang. Terima kasih diucapkan kepada Pegawai UPS, PPD Gua Musang dan Kuala Krai yang telah menjaya sesi taklimat kali ini
Sesi Serah Tugas
30 MEI 2022: En. Aizi telah bertukar portfolia pengurusan murid, Ustaz Fatah telah mengantikan En Aizi di UPS berkuatkuasa 16 Mei 2022.
Pemantauan Verifikasi
Pemantauan verifikasi pemindahan premis tadika di Gua Musang.
Taklimat SKPK Pasir Mas
02 JUN 2022: Terima Kasih, Pegawai UPS, PPD Pasir Mas kerana telah menganjurkan siri taklimat SKPK kepada IPS dalam daerah Pasir Mas. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Intan dengan jayanya pd 2 Jun.
Program Seranta Dengan Kerjasama JPN Kelantan Dan PERKESO Negeri Kelantan
30 JUN 2022: Garapan satu Program kerjasama seranta peringkat negeri Kelantan telah diadakan dengan kerjasama JPN Kelantan dan PERKESO Cawangan Negeri Kelantan untuk menyampaikan pelbagai info berkaitan dengan caruman pekerja melibatkan semua IPS seluruh negeri Kelantan yang berdaftar dengan KPM.
KAJIAN RINTIS: KAJIAN KECENDERUNGAN GURU TADIKA SWASTA MENGIKUTI DIPLOMA AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA
19 JULAI 2022: Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan kajian rintis bagi Kajian Kecenderungan Guru Tadika Swasta Mengikuti Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia.
Kajian ini akan turut meneliti pengetahuan dan persepsi guru-guru berkaitan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Pelaksanaan kajian rintis ini melibatkan guru di tadikan swasta yang terpilih. Oleh yang demikian, pihak tuan dimohon untuk membenarkan guru yang terpilih untuk menyertai pelaksanaan kajian rintis ini.
Kajian ini melibat sekolah-sekolah tadika dalam daerah Tumpat, Pasir Mas, Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Kota Bharu.
Sesi kajian rintis ini melibatkan kunjungan Cik Fauziana Bt Mohamed, Pegawai dari Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia yang diiringi oleh En Zulkhairi Ismail, Pegawai Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bersama Penolong Pegawai, Unit Pendidikan Swasta Daerah yang terlibat.
Taklimat Garis Panduan Penubuhan, Pendaftaran dan Pengoperasian Tadika Swasta Peringkat Negeri Kelantan
25 JULAI 2022: Terima Kasih, Pegawai UPS, PPD Seluruh Negeri Kelantan kerana telah menghadiri sesi taklimat kali ini. Pelbagai info telah dikongsikan untuk memantapkan lagi pengurus IPS di semua peringkat.
KPP turut menyampaikan senarai penerima bantuan yuran kepada semua tadika seluruh daerah.
Pemantauan Dan Kunjung Bantu Pengoperasian Program Dual Language Programme (DLP) Di Sekolah Swasta Bagi Tahun 2022
3 OGOS 2022: Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah dilaksanakan di sekolah swasta mulai tahun 2016.
Bagi memantapkan lagi pelaksanaan di peringkat sekolah swasta, Bahagian Pendidikan Swasta (BPSwasta), KPM telah mengadakan pemantauan dan kunjung bantu pengoperasian DLP di SRI Integrasi Unggul dan SRI Al-Amin Tropicana, kota Bharu.
Pemantauan dan kunjung bantu kali ini, mudah-mudahan dapat membantu memantapkan lagi pengurusan pengoperasian pelaksanaan DLP di kedua-dua buah sekolah tersebut.
VERIFIKASI PUSAT TUISYEN IQ ALFA WAKAF BHARU
3 OGOS 2022: Operasi verifikasi telah dilaksanakan oleh pegawai Unit Pendidikan Swasta untuk melihat sejauhmana kesiapsiagaan pusat tuisyen tersebut sebelum ianya diluluskan untuk beroperasi.
Aspek keselamatan diutamakan, keadaan bilik darjah/kelas menepati kriteria dan SOP yang telah ditetapkan supaya pusat tersebut sesuai beroperasi.