PROSEDUR PERMOHONAN SURAT SOKONGAN PAS PELAJAR
PROSEDUR DAN SYARAT BAGI
PERMOHONAN SURAT SOKONGAN PAS PELAJAR
Untuk mendapatkan surat sokongan pas pelajar bagi dikemukakan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), permohonan hendaklah dikemukakan oleh pihak institusi pendidikan swasta (IPS) yang berkenaan dengan mengikut prosedur yang berikut;
1. Lengkapkan Borang BPS III. Satu (1) salinan sahaja diperlukan
[ Hanya borang yang lengkap akan diproses. Borang yang tidak lengkap - tidak diproses ]
2. Permohonan hendaklah diuruskan oleh pihak institusi pendidikan swasta (IPS) yang berkenaan melalui Pengerusi Lembaga Pengelola/Pengetua/Guru Besar
3. Hendaklah disertakan salinan dokumen-dokumen berikut;
a) Pasport pelajar (Semua muka surat bagi Pusat Bahasa/Kemahiran/Latihan) Muka surat pertama pasport bagi pelajar sekolah
b) Surat tawaran belajar
* c) Sijil Perakuan Pendaftaran Institusi
*d) Surat Perakuan Kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk merekrut pelajar asing/antarabangsa.
[*Nota*: Perkara 3(c) dan 3(d hanya diperlukan untuk permohonan yang pertama sahaja dan jika terdapat maklumat terbaharu mengenai institusi berkenaan ]
A. SYARAT
Permohonan mendapatkan surat sokongan pas pelajar ini adalah berpandukan dengan syarat-syarat yang ditetapkan serta mematuhi peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
1. Kelayakan umur pelajar.
a. Pusat Bahasa/Kemahiran/Latihan :
Melainkan pelajar tajaan kerajaan, syarikat atau mana-mana organisasi yang sah, umur pemohon hendaklah tidak melebihi 35 tahun.
2. Kelayakan akademik pelajar.
a. Seseorang pemohon yang ingin belajar sesuatu bahasa di Pusat Bahasa, keputusan peperiksaan subjek bahasa yang telah diambil di negara asal mereka mestilah kurang memuaskan.
b. Kursus bahasa yang akan diikuti adalah diperlukan untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.
3. Syarat-syarat lain.
a. Syarat-syarat lain dalam kelulusan penubuhan institusi pendidikan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran adalah terpakai.
b. Pelajar dikehendaki mengikuti kelas pengajian sekurang-kurangnya tiga (3) jam setiap hari.
B. PERINGATAN
1.Setiap institusi pendidikan adalah disarankan untuk memantau aktiviti sosial/ harian pelajar antarabangsa menerusi Unit Hal Ehwal Pelajar Antarabangsa agar disiplin dan garis panduan perekrutan pelajar antarabangsa dipatuhi.
2.Pelanggaran mana-mana syarat termasuk pelajar menyalahgunakan pas pelajar untuk tujuan lain boleh menyebabkan kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditarik balik dan tindakan sewajarnya akan dikenakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dan peraturan-peraturan di bawahnya.
BORANG PERMOHONAN SURAT SOKONGAN PAS PELAJAR BAGI MURID ANTARABANGSA BAHARU "Borang BPS III (B)"
APPLICATION FOR SUPPORT LETTER OF STUDENT PASS FOR NEW INTERNATIONAL STUDENTS
** SILA MUAT TURUN BORANG BERKAITAN