Perkhidmatan Intervensi merupakan salah satu pendekatan melalui Aplikasi Psikologi Dalam Intervensi (Program Pengupayaan Kendiri). Perkhidmatan ini disediakan untuk membantu warga jabatan dan agensi dalam menyelesaikan isu-isu yang menganggu pekerjaan mahupun kehidupan seharian. Ia ditawarkan untuk tujuan pembangunan, pencegahan, pemulihan mahupun intervensi.
Pelaksanaan Program Psikologi merupakan salah satu pendekatan melalui Aplikasi Psikologi Dalam Pembangunan Personel yang menyediakan cadangan pelaksanaan aktiviti dan program yang berkaitan aspek psikologi dalam pembangunan kendiri. Ia bertujuan memberi input serta menerapkan kemahiran mengurus isu dan masalah psikologi di tempat kerja seperti pengurusan emosi, stres, perubahan sikap dan minda, perhubungan individu, peningkatan motivasi dan lain-lain.
Penilaian Psikologi merupakan salah satu pendekatan melalui Aplikasi Psikologi Dalam Penilaian Personel yang menggunakan ujian psikologi dan bertujuan untuk membantu individu memahami aspek psikologi diri.
Pelaksanaan Penyelidikan Psikologi berdasarkan Aplikasi Penyelidikan Psikologi bertujuan untuk mengkaji isu psikologi dan permasalahan penjawat awam di tempat kerja seperti faktor-faktor pencetus, penghalang motivasi, interaksi antara manusia dengan peralatan dan sistem kerja (ergonomik). Seterusnya ia dapat menyediakan input dan maklumat yang boleh digunakan untuk penambahbaikan pengurusan sumber manusia di dalam perkhidmatan awam.