Sejarah
Kelompok AKRAB atau Pembimbing Rakan Sekerja telah wujud dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam sejak tahun 2005. Sehingga kini keahlian AKRAB terus meningkat. Tujuan utama kewujudan AKRAB ialah untuk menjadi penggerak kepada salah satu program Pengupayaan Kendiri iaitu Program Pembimbing Rakan Sekerja seperti yang termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 18 Tahun 2005; Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam.
Pengenalan
Rakan sekerja merupakan individu yang boleh mempengaruhi produktiviti dan daya saing seseorang pekerja. Rakan yang baik akan memberi impak positif kepada perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku seseorang.
Pada tahun 2005, rakan pembimbing ini telah dijenamakan sebagai AKRAM yang merupakan akronim kepada Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Mulia. Pada tahun 2008, AKRAM telah dijenamakan semula sebagai AKRAB yang mana elemen Mulia telah digantikan dengan Bestari. AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membangunkan potensi yang ada pada diri masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan perhubungan bersifat humanistik.
Kemantapan sesuatu kelompok seperti AKRAB banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran daripada ahli-ahlinya. Justeru itu, pembentukan AKRAB di dalam organisasi diharap mampu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen dan rasa sayang yang tinggi terhadap organisasi.
Visi
Menjadikan AKRAB penggerak Budaya Kelas Pertama dalam organisasi
Misi
Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi
Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan
Berperanan sebagai perantara di antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah
Mewujudkan hubungan baik dengan Pihak Pengurusan Sumber Manusia di semua peringkat organisasi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB
Logo & Makna