Bengkel Psikometrik Semester 1 Sesi II 2024/2025
Bengkel Psikometrik bagi para pelajar semester 1 Politeknik Ungku Omar telah dijalankan di Dewan Jubli Perak pada 14 Januari 2025 yang disertai 300 pelajar.Bengkel dikendalikan oleh Encik Ruzaini, Pengawai Psikologi PUO , kaunselor pelatih dari USAS bersama pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya dengan sokongan SPAK
Kursus Kepimpinan JPKK @ PUO
Satu siri kursus kepimpinan telah dijalankan dari 7 sehingga 9 Januari 2025 bagi 41 orang pelajar Jawatankuasa Perwakilan Kediaman Kamsis di Unit Pengurusan Psikologi , PUO. Kursus dikendalikan oleh En Ruzaini , Pegawai Psikologi PUO bersama kaunselor pelatih dari USAS.
Bengkel Psikometrik Sem 1 dan Program Intervensi pelajar Poli Bagan Datuk
Unit Pengurusan Psikologi, PUO telah menjalankan bengkel psikometrik kepada pelajar sem 1 sesi 2 2024/2025 Politeknik Bagan Datuk bertempat di Dewan Kuliah MMLT Politeknik Bagan Datuk.
Bengkel ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pelajar tentang personaliti diri dan minat kerjaya masing - masing. Selain itu, saringan minda sihat turut dijalankan bagi mengenalpasti pelajar - pelajar yang berisiko iaitu mengalami stres, kebimbangan dan kemurungan. UPPsi juga turut menjalankan program intervensi dan bimbingan kepada pelajar yang mndapat HPNM 2.4 ke bawah bagi membantu mereka kembali capai prestasi yang lebih baik pada semester ini. Program dikendalikan ole En Ruzaini, Pegawai Psikologi PUO bersama kaunselor pelatih dari USAS.
LAWATAN ANAK-ANAK STAF PUSAT KOREKSIONAL KAMUNTING KE PUO
5 Feb 2025 - Seramai 25 anak-anak staf dan pengawai Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan sesi lawatan kampus ke Politeknik Ungku Omar.
Sesi lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada anak-anak staf terhadap peluang sambung pengajian ke Politeknik dan peluang kerjaya yang berkaitan. Sesi lawatan merangkumi lawatan ke Bengkel Geomatik , Makmal Tanah , Bengkel Kimpalan , Bengkal Penyamanan Udara & Penyejubekuan, Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dan Perpustakaan. Para pelawat turut menyertai sesi latihan dalam kumpulan yang dikendalikan oleh Pembinmbing Rakan Sebaya , PUO. Program dikendalikan oleh En Ruzaini dan Pn Kavitha , Pengawai Psikologi PUO dibantu oleh Pengawai HEP , Pn Khamsiah dan Pegawai Kerjaya , Pn. Amirthavalli. Terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah bengkel JKA, JKM dan JKP yang turut membantu semasa sesi lawatan