MAC
Program : "Healthy Body Healthy Mind" (05/03/2024)
Seramai 23 orang pelajar semester 1 dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi menyertai program ini. Program ini memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kepentingan menjaga kesihatan mental dan cara - cara mengawalnya.
Penceramah & Fasilitator : Kaunselor Pelatih dari Universiti Sultan Azlan Shah
Program : Santai Bersama Kaunselor
Kaunselor pelatih dari Universiti Sultan Azlan Shah dan Universiti Malaysia Terengganu telah membuka "outreach booth" bagi mempromosikan perkhidmatan kaunseling dan telah mendapat sambutan yang baik dari pelajar semester 2,3 dan 5
APRIL
Program : "Cyberbullying"
Program disertai oleh pelajar diploma dari pelbagai jabatan. Program ini memberi pengetahuan kepada pelajar berkenaan buli siber, kesan kepada kesihatan mental serta cara mengawalnya.
Penceramah & Fasilitator : Penceramah Luar
OKTOBER
Program : Sinar Kesihatan Pada Masa Hadapan (15/10/2024)
Seramai 27 peserta semester 1 daripada Jabatan Perdagangan menyertai program ini. Program ini memberi pendedahan tentang pengenalan kesihatan mental dan fizikal serta kerjasama dalam kumpulan.
Penceramah & Fasilitator : Kaunselor Pelatih dari Universiti Sultan Azlan Shah
Program : Kepimpinan Membina Keyakinan Diri (22/10/2024)
Program ini disertai oleh seramai 13 pelajar sarjana muda semester 3 dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA). Program ini melatih diri untuk lebih berkeyakinan dalam membuat keputusan dan kehidupan seharian
Penceramah & Fasilitator : Kaunselor Pelatih dari Universiti Sultan Azlan Shah
NOVEMBER
Program : Emotional Freedom (12/11/2024)
Program ini disertai oleh pelajar asasi TVET seramai 51 orang dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan kesihatan mental dan pengurusan emosi yang baik.
Penceramah & Fasilitator : En Mohd Ruzaini Bin Muhammed & Kaunselor Pelatih dari Universiti Sultan Azlan Shah