UCAPAN ALUAN KETUA UNIT
UCAPAN ALUAN KETUA UNIT
Kata Aluan Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana dengan izin-Nya, laman google site Unit Peperiksaan dan Penilaian ini dapat diwujudkan sebagai wadah komunikasi rasmi kami.
Saya, Haripin bin Kaping, Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian, berbesar hati untuk mengalu-alukan para pensyarah, pelajar, ibu bapa, dan seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau ke laman ini.
Tugas dan tanggungjawab Unit Peperiksaan dan Penilaian adalah amat penting dalam menjamin kualiti dan kredibiliti sesebuah institusi. Integriti dalam setiap proses penilaian menjadi keutamaan kami.
Kami berharap agar laman ini menjadi rujukan utama yang tepat dan mudah diakses bagi semua urusan yang berkaitan dengan peperiksaan dan penilaian.
Saya menyeru agar semua pihak sentiasa mematuhi prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan demi memastikan kelancaran dan keadilan sistem penilaian.
Sekian, terima kasih.
Haripin bin Kaping
Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian,
IPG Kampus Tawau