TENTANG KAMI
TENTANG KAMI
Pengenalan
Ditubuhkan untuk menguruskan sistem peperiksaan dan penilaian pelajar pendidikan guru yang sedang menjalani latihan perguruan atau mengikuti kursus di institut ini. Unit ini turut mengurus dan mentadbir proses penilaian dan peperiksaan bagi menentukan seseorang pelajar pendidikan guru boleh dianugerahkan Sijil / Diploma Perguruan Malaysia / Ijazah Sarjana Muda Perguruan selepas mereka tamat pengajian atau kursus. Selain itu unit peperiksaan dan penilaian menyimpan segala data dan maklumat mengenai prestasi akademik dan pencapaian kokurikulum bagi setiap pelajar pendidikan guru / peserta kursus sepanjang tempoh latihannya.
Visi
Unit Peperiksaan dan Penilaian IPG sebagai peneraju keberhasilan guru kompeten dan guru berjiwa pendidik.
Misi
Membentuk instrumen pentaksiran, penilaian dan penganugerahan yang berkualiti, adil, dipercayai dan diperakui.
Fungsi
Mengendalikan semua peperiksaan dengan mengikut peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan institut.
Mentadbir pelaksanaan peperiksaan, pemantauan dan menguatkuasakan peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.
Memberi nasihat, memantau, membuat analisis tentang peperiksaan dan penilaian institut berasaskan pencapaian kumpulan pra perkhidmatan yang menerima latihan di institut ini.
Objektif
Melaksanakan, membina atau merancang semua jenis dan bentuk peperiksaan / pengujian dan pengukuhan pentaksiran berdasarkan kursus dan proforma yang ditawarkan dan dilaksanakan oleh institut / IPGM.
Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan IPGK/IPGM dan penganugerahan sijil / diploma / ijazah yang dilaksanakan di institut yang tidak bercanggah dengan arahan dan punca kuasa yang diterima / diperturunkan oleh KPM / IPGM dari masa ke semasa.
Memberi khidmat nasihat dan rundingan kepada individu / pelajar / pensyarah dan pengurusan mana-mana badan tentang pengujian dan pentadbiran serta penganugerahan pengiktirafan sijil / diploma / ijazah berdasarkan bidang kuasa dan peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa.