Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI), Politeknik Merlimau Melaka merupakan unit yang bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras serta melaksanakan program latihan industri bagi para pelajar. Unit ini juga berperanan sebagai penghubung antara institusi dan pihak industri dalam usaha memperkukuh hubungan strategik yang menyokong keperluan pembangunan modal insan negara.
Fungsi utama UPLI merangkumi penyelarasan penempatan pelajar latihan industri, pembangunan jaringan kerjasama dengan sektor industri, serta pelaksanaan aktiviti yang menyokong peningkatan kebolehpasaran graduan. Selain itu, unit ini turut bertindak sebagai pemudah cara dalam inisiatif pemindahan ilmu, penyelidikan terapan, serta program kolaborasi bersama industri.
Dengan komitmen tinggi terhadap kecemerlangan akademik dan profesionalisme, UPLI berperanan memastikan setiap pelajar mendapat pendedahan industri yang relevan dan berkualiti sebagai persediaan menghadapi cabaran dunia pekerjaan sebenar.
CARTA ORGANISASI UPLI