PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI
Pemantauan Latihan Industri adalah untuk memastikan pelajar menjalani latihan industri (LI) dengan berkesan, mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan, dan mendapat pengalaman sebenar dalam dunia pekerjaan. Selain itu, ianya dapat menjalin hubungan baik antara institusi dan pihak industri untuk kerjasama masa depan serta menilai keberkesanan kurikulum berdasarkan pengalaman pelajar di industri dan membuat penambahbaikan jika perlu.
KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN
Kursus Komunikasi Berkesan adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan cara yang jelas, tepat, dan profesional. Ianya merangkumi cara penulisan resume yang betul, cara menghantar email, komunikasi secara verbal dan melalui aplikasi "Whatsapp".
TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI
Taklimat Latihan Industri adalah untuk memberi pengenalan & persediaan awal kepada pelajar sebelum mereka menjalani latihan di tempat kerja sebenar. Taklimat ini sangat penting dan pelajar WAJIB hadir bagi memastikan pelajar faham tentang tanggungjawab, etika, dan prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalani latihan industri
PROGRAM WORLD OF WORK (W.o.W)
Program "WORLD of WORK" (W.o.W) adalah program perkongsian daripada industri/Alumni PMM untuk memberikan pendedahan awal tentang keperluan, harapan dan realiti dunia pekerjaan. Program ini bertujuan menjadikan pelajar lebih bersedia dan berdaya saing semasa menjalani latihan industri (LI) dan selepas tamat pengajian. Industri yang hadir turut membuka ruang untuk pelajar untuk menjalani LI bersama mereka dan menawarkan pekerjaan.
PROGRAM I-CARE
Program Internship-Career Excellence (I-Care) merupakan program anjuran bersama Unit CiSec dan Unit Perhubungan & Latihan Industri(UPLI) khusus untuk pelajar yang telah tamat LI bagi mendapatkan pekerjaan. Dengan kerjasama PERKESO negeri Melaka, beberapa syarikat hadir membuka ruang temuduga untuk pelajar dan juga pameran daripada beberapa institusi pendidikan berdekatan disediakan untuk pelajar yang berminat untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah.
BENGKEL PENGURUSAN UPLI
Bengkel Pengurusan Latihan Industri yang dianjurkan oleh Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kecekapan pihak yang terlibat (penyelaras LI jabatan) dalam mengurus, menyelaras, dan memantau pelaksanaan latihan industri secara sistematik dan berkesan.