GUNAKAN PELUANG LATIHAN INDUSTRI UNTUK MENIMBA ILMU, MEMBINA JARINGAN PROFESIONAL DAN MEMBUKTIKAN POTENSI DIRI.
PELAKSANAAN TUGASAN LI
☘️ Penilaian LI merupakan satu aspek penting ke atas pelajar semasa menjalani LI dalam suasana persekitaran pekerjaan sebenar.
☘️ Ianya penting untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran pelajar setelah tamat tempoh LI.
☘️ Setelah tamat LI, pelajar berupaya menunjukkan, mempertingkatkan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran praktikal dan insaniah yang diperolehi di tempat kerja mengikut kluster domain pembelajaran MQF di bawah:
☘️ Penilaian LI yang diguna pakai bagi menilai pelajar adalah merujuk kepada kurikulum LI yang sedang berkuat kuasa seperti berikut:
Pelaksanaan penggunaan kurikulum terpakai untuk program pengajian di bawah bidang selain kejuruteraan.
Pelaksanaan penggunaan kurikulum terpakai untuk program pengajian di bawah bidang kejuruteraan.
STRUKTUR PENILAIAN LI
KOMPONEN PENILAIAN LI
(a) Penilaian oleh industri dilaksanakan oleh penyelia industri. Ia merupakan penilaian terpenting ke atas pelajar semasa menjalani tempoh LI.
(b) Semasa menjalani LI, pelajar diwajibkan menunjukkan kemahiran dan kompetensi yang telah dipelajari mengikut keperluan tugas dan projek industri mereka di tempat kerja kepada penyelia industri.
(c) Penilaian Performance Appraisal merujuk kepada hasil pemantauan dan kualiti kerja pelajar sepanjang pelajar menjalani LI di industri. Semasa penilaian Performance Appraisal terhadap pelajar, perkara-perkara yang diambil kira dalam penilaian ini adalah seperti berikut:
(i) Pelaksanaan tugas;
(ii) Kemahiran sosial dan komunikasi;
(iii) Nilai, sikap dan profesionalisme;
(iv) Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan;
(v) Kemahiran digital dan pengurusan maklumat; dan
(vi) kemahiran pembelajaran berterusan dan keusahawanan.
(d) Penilaian Reflective Journal/Log Book merujuk kepada catatan setiap aktiviti kerja/ tugasan/ projek harian yang telah dilaksanakan setiap hari sepanjang menjalani LI. Dokumen ini perlu disemak, ditandatangani dan disahkan oleh penyelia industri pada setiap minggu. Semasa menilai Reflective Journal/Log Book pelajar, perkara-perkara berikut diambil kira dalam penilaian:
(i) Pelaksanaan tugas;
(ii) Kemahiran personal;
(iii) Kemahiran digital dan pengurusan maklumat.
(e) Penilaian Industrial Training Report merujuk kepada laporan keseluruhan terhadap tugasan industri yang disediakan/dihasilkan oleh pelajar semasa menjalani LI. Semasa penilaian Industrial Training Report perkara-perkara yang diambil kira dalam penilaian ini adalah seperti berikut:
(i) Ringkasan Eksekutif
(ii) Pengenalan dan Latar Belakang
(iii) Laporan Ringkasan Latihan
(iv) Laporan Teknikal
(v) Kesimpulan; dan
(vi) Kualiti dan penyusunan terhadap struktur keseluruhan.
KEPUTUSAN LI
Jadual 4.1 Keputusan Latihan Industri
Pelajar LAYAK diberi status LULUS setelah memenuhi SEMUA kriteria berikut:
Tidak melanggar syarat ketidakhadiran dan perlanggaran disiplin berdasarkan Jadual 1.2 dan Jadual 1.3;
6.4.2 Memenuhi semua kaedah penilaian yang telah ditetapkan pada Struktur Penilaian LI;
6.4.3 Memenuhi sekurang-kurangnya keputusan LULUS pada Jadual 4.1.;
6.4.4 Melengkapkan dan menyerahkan ke politeknik:
(a) dokumen Pengesahan Tamat LI oleh industri; dan
(b) dokumen Penilaian Industri pada Jadual 6.1.
(Rujuk Buku Garis Panduan Latihan Industri Politeknik)