UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI
GUNAKAN PELUANG LATIHAN INDUSTRI UNTUK MENIMBA ILMU, MEMBINA JARINGAN PROFESIONAL DAN MEMBUKTIKAN POTENSI DIRI.
UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Politeknik METrO Betong Sarawak diberi mandat sebagai unit peneraju dalam menguruskan pelajar untuk menjalani Latihan Industri (LI). Diletakkan di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik (TPA), fungsi utama UPLI adalah mengendalikan kursus Latihan Industri (LI) DUT60019 yang membawa 9 jam kredit . Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus, menempatkan pelajar di firma, memantau dan menilai kursus LI DUT60019. UPLI ini diketuai oleh Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri dan dibantu oleh 2 orang penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ).
Kursus Latihan Industri (LI) – DUT60019 merupakan kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar dalam mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran berkaitan di tempat kerja, berkomunikasi secara berkesan dengan pihak atasan dan rakan sekerja, mengamalkan semangat kerja berpasukan, profesional dan beretika serta mematuhi dasar dan prosedur organisasi adalah hasil pembelajaran yang diharapkan bagi setiap pelajar yang menjalani LI.
Di antara objektif latihan industri ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di dalam pelbagai persekitaran pekerjaan sebenar. Para pelajar diharapkan dapat mencapai objektif berikut selepas menjalani latihan industri.
Berkebolehan untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja.
Berkebolehan untuk berkomunikasi secara efektif.
Berkebolehan untuk bekerja dalam pasukan.
Mempamerkan pemahaman tentang tanggungjawab profesional dan beretika.
Berkebolehan untuk menulis dokumen teknikal dan membuat pembentangan tentang hasil kerja yang telah di sempurnakan.