Unit ini bertanggungjawab untuk merancang, mengurus serta menyediakan laporan laluan proses kenaikan pangkat bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di jabatan dan kolej komuniti. Selain itu, unit ini diberi tanggungjawab untuk merancang, mengurus dan memantau kewangan di bawah peruntukan pembangunan latihan serta proses perolehan kursus/latihan. Tugasan merancang, mengurus dan memantau adalah bagi senarai program berikut:
- Kursus Skim Perkhimatan bagi kriteria kecemerlangan PPPT di jabatan dan institusi iaitu Program Peningkatan Kemahiran (PPK) JPKK, PPK CIAST/JPA/Crash Programme / Reskilling & Upskilling, Career Path Competency Matrix (CPCM), Kursus Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Andragogi (KIPA) dan Program Kepimpinan.
- eProfiling melalui pendekatan Curriculum Development Based On Ablity Structure (CUDBAS) bagi mengenalpasti kebolehupayaan kemahiran pensyarah - pensyarah kolej komuniti.
- Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) bagi pendedahan industri terkini.
- Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) mengikut pekeliling perkhidmatan iaitu sekurang-kurangnya 4 hari berkursus setahun.
- Sistem Portal Web Based Staff Information System (eSIS).
- Latihan antarabangsa membantu menyediakan kertas kerja untuk latihan antarabangsa.
- Menguruskan proses mendapatkan kelulusan program / kursus / lawatan peringkat antarabangsa.