Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) telah meletakkan satu daripada enam teras iaitu meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju. Salah satu daripada usaha untuk memenuhi teras ini adalah dengan membangunkan pangkalan data berpusat mengenai profil jurang kompetensi dan menyediakan pelan hala tuju latihan yang berkesan.
Untuk memenuhi matlamat ini satu projek Profiling Pengajar Kemahiran diperkenalkan. Projek ini bertujuan menutup jurang yang wujud pada setiap pengajar kemahiran supaya latihan yang berkualiti dapat disampaikan kepada pelatih. Ia juga membangunkan pengajar bidang kemahiran bertaraf dunia yang berpengetahuan, kompeten, berdisiplin dan responsif terhadap perubahan persekitaran dan teknologi.
Profiling Pengajar Kemahiran adalah satu projek dimana pengumpulan keterampilan pengajar kemahiran dikumpulan dan disatukan untuk dibandingkan dengan ability checklist untuk mendapatkan jurang kompetensi pengajar. Ability checklist dihasilkan dengan menggunakan kaedah CUDBAS (Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure).
Profiling Pengajar Kemahiran adalah satu proses untuk mendapatkan data pengajar kemahiran berkaitan:
Sistem eProfiling adalah profiling pengajar kemahiran atas talian dibangunkan berdasarkan keperluan berikut: