Definisi Latihan Industri
Latihan industri (LI) merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda (KPT, 2010). LI menjadi satu syarat wajib bagi memenuhi syarat penganugerahan Sijil Kolej Komuniti.
Matlamat
Matlamat LI ialah untuk membolehkan pelajar mendapat pengalaman di industri yang berkaitan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa negara.
Objektif LI
(a) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan yang sebenar;
(b) Mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan teknologi yang digunakan di industri;
(c) Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan di semua peringkat di tempat kerja; dan
(d) Mengamalkan nilai atau etika kerja seperti jujur, amanah, berdisiplin dan bertanggungjawab.
Tempon Latihan Industri
Tempoh LI memerlukan pelajar ditempatkan di industri yang bersesuaian untuk tempoh 1 semester (16 minggu / 24 minggu). Tempoh yang ditetapkan ini bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency – MQA).
Syarat Latihan Industri
Syarat layak menjalani LI
• Pelajar perlu lulus semua kursus / modul; dan
• Bagi program Sijil Asas Kolej Komuniti, pelajar perlu lulus tapisan di peringkat kolej komuniti berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut program.
KREDIT DAN PENILAIAN LATIHAN INDUSTRI