Unit Perhubungan Industri dan Alumni merupakan salah satu unit sokongan yang menguruskan penempatan pelajar untuk menjalani latihan industri bagi melahirkan graduan yang kompeten dan bersaya saing yang memenuhi keperluan industri dalam negara. Unit ini amat mengalu-alukan penglibatan agensi/organisasi swasta atau kerajaan yang berkaitan dengan Program Sijil Rekabentuk Dalaman yang dapat memberikan peluang kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Shah Alam khasnya untuk menjalani latihan industri.Â
Dengan peluang ini, pihak industri turut menyumbang dari segi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar dalam bidang yang diceburi bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan pelajar ke arah dunia pekerjaan sebenar. Unit ini juga berfungsi sebagai pengantaraan bagi menjalani kerjasama dan merapatkan jaringan dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO bagi memperkasakan jaringan kolaborasi strategik, meningkatkan efisiensi jabatan serta pemerkassaan komuniti dan peningkatan taraf hidup masyarakat.
Fungsi & Peranan
Menuruskan proses latihan industri kepada pelajar yang layak.
Menjadi perantara di atara pelajar dengan organisasi luar yang menjadi tempat latihan pelajar.
Mengawal selia pemantauan dan penyeliaan latihan industri pelajar.
Menyediakan penilaian latihan industri pelajar
Menyelaraskan aktiviti latihan industri
Melaksanakan tindakan pencegahan, pembetulan dan penambahbaikan ke atas pencapaian objektif latihan industri.
Melaksanakan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan sektor swasta dan NGO.
UNIT PERHUBUNGAN INDUSTRI, KEUSAHAWANAN DAN ALUMNI
KETUA UNIT:
PN. GIHA BINTI TARDAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN INDUSTRI & ALUMNI
KOLEJ KOMUNITI SHAH ALAM
EMAIL : giha@kksa.edu.my