Syarat utama keanggotaan:
warganegara Malaysia
telah mencapai umur lapan belas tahun
bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah/kediaman di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
bukan seorang yang:
tidak upaya dari segi mental
bankrap yang belum dilepaskan
terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan yang boleh didaftarkan
telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dalam tempoh satu (1) tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan
Bayaran Masuk:
Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan bayaran masuk sebanyak RM30.00. Bayaran masuk akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan bayaran masuk sebanyak RM60.00.
Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang meninggal dunia jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan bayaran masuk.