Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993 di dalam Undang-Undang Malaysia, UUB memberi fokus kepada menyediakan solusi kewangan berhemah sebagai pilihan utama untuk kumpulan sasar dari golongan belia dan usahawan mengurus ekonomi patuh syariah. UUB turut menyediakan program-program pelatihan, seminar dan acara-acara berfokus dalam usaha mengukuhkan karakter dan menyuntik nilai ummah berpandangan akhirat dalam kalangan generasi penerus warisan bangsa dan negara.
Sesuai dengan matlamat asas penubuhan iaitu melebarkan manfaat ekonomi dan kesejahteraan hidup kepada ummah secara meluas, maka wadah koperasi adalah platfom terbaik bagi UUB bergerak dan berkembang. Kitaran manfaat yang memberi keuntungan optima kepada anggota diperkukuhkan pula dengan tadbir kelola yang diselia secara bersepadu oleh badan yang berautoriti menjadikan model gerakan koperasi lebih terpecaya dan telus dalam melindungi kepentingan anggota dan setiap aktiviti yang dijalankan oleh UUB.
Modul terbimbing, perancangan rapi dan teliti, jaringan kolaborasi strategik, kebersamaan tindakan, penilaian dan pengurusan risiko yang tuntas serta penggunaan aplikasi teknologi merupakan cara kerja dan strategi yang dimanipulasi sebaiknya demi memastikan setiap solusi dan program UUB dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dengan berkesan dan mencapai objektif yang digariskan.
YM Raja Azmi bin Raja Nazuddin
Tn Hj Fazrul Fahmee Ismail
Tn Hj Md Shukor Said
Pn Hjh Roslina Othman
Pengerusi: Tn Hj Rafezi Mohamed Ramli
Setiausaha: Cik Norazila Aman
Bendahari: Puan Maizura Mohamed Sani