Penyakit tibi atau tiberkulosis adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Mycobacterium Tuberculosis.
Paru - paru merupakan organ utama yang dijangkiti. Namun, hampir semua organ boleh dijangkiti oleh penyakit tibi termasuk otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit
Setiap hari, dianggarkan lebih kurang 28 ribu penduduk dunia dijangkiti tibi dan sebanyak 4100 penduduk dunia meninggal dunia akibat tibi
Walaupun penyakit tibi sudah lama wujud di dunia ini, penyakit ini masih lagi kekal menjadi salah satu penyakit berjangkit yang merbahaya dan antara yang tertinggi menyumbang kepada kematian.
Penyakit Tibi merebak melalui Udara
Apabila seseorang pesakit TB pulmonari batuk, bersin, bercakap mereka mengeluarkan kuman dan mungkin menjangkiti individu yang berdekatan.
Dalam tempoh setahun, seorang pesakit tibi aktif boleh menjangkiti 5-15 orang lain melalui kontak rapat sekiranya tidak mendapat rawatan.
Penyakit Tibi boleh menjangkiti sesiapa sahaja.
Kontak rapat pesakit tibi merupakan golongan yang paling mudah dijangkiti tibi
Mereka yang menghidap HIV mempunyai 18 kali ganda lebih mudah untuk dijangkiti Tibi.
Risiko untuk Tibi aktif juga lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah. Kekurangan zat makanan meningkatkan risiko tibi sebanyak 3 kali ganda
Penyalahgunaan alcohol dan merokok masing - masing meningkatkan risiko mendapat tibi sebanyak 3.3 kali dan 1.6 kali ganda
Kumpulan Berisiko Tinggi Tibi yang lain:
Pesakit Dialisis
Penghuni Penjara
Penghuni CCRC (Pusat Pemulihan Dadah)
Pusat Jagaan Warga Emas
Pesakit RA dalam rawatan Anti TNF
Pesakit Diabetis
Pesakit berumur 60 tahun ke atas
Pesakit COPD
Pelangan Berhenti merokok
Pelanggan Klinik Methadone
Anggota Kesihatan
Batuk yang berpanjangan, biasanya melebihi dua minggu dan mungkin bercampur dengan darah
Demam dan berpeluh pada waktu malam
Susut berat badan tanpa sebab
Hilang selera makan
Sakit dada
Sekiranya anda disyaki menghidap tibi anda akan diminta untuk menjalani ujian sinar X dada serta ujian pemeriksaan kahak atau mana-mana sampel anggota/cecair badan yang disyaki mempunyai bakteria tibi.
Rawatan Tibi terdiri daripada beberapa jenis antibiotik yang perlu diambil SETIAP HARI selama sekurang-kurangnya 6 bulan. Ubat tibi perlu diambil secara DOT (Directly Observed Therapy) iaitu pengambilan ubat dibawah seliaan terus oleh anggota kesihatan atau individu yang telah dilatih.
Adalah penting untuk patuh terhadap rawatan tibi kerana keciciran rawatan bukan sahaja boleh menyebabkan pesakit tibi tidak sembuh malah boleh menyebabkan kerentanan terhadap ubat tibi sedia ada.
Tibi boleh sembuh, elakkan kematian dan kerentanan, patuh pada rawatan Tibi!
Suntikan BCG dapat melindungi kanak-kanak daripada penyakit tibi yang teruk seperti Menigitis Tibi Meningitis.
Mendapat rawatan segera sekiranya batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih.
Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan mendapat pemeriksaan lanjut.
Pastikan rumah anda menerima cahaya matahari secukupnya kerana ia dapat membunuh bakteria di udara.
Membuka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik
Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.
Mengamalkan etika batuk
Mereka yang dijangkiti bakteria tibi tidak semestinya menunjukkan tanda-tanda klinikal tibi.
Keadaan ini dipanggil Tibi pendam. 5-10% mereka yang dijangkiti bakteria tibi boleh menjadi tibi aktif sepanjang hidup mereka. Biasanya penyakit tibi akan mula menunjukkan tanda dan gejala apabila sistem imun badan individu dengan Tibi Pendam menjadi lemah.
Tibi pendam boleh dikesan dengan lebih awal terutama di kalangan mereka yang menjadi kontak pesakit tibi. Tibi pendam juga boleh dirawat bagi mengelakkan bakteria tibi dalam badan individu tersebut menjadi aktif.