Dalam keadaan seluruh dunia dilanda wabak COVID-19, hampir setiap norma harian masyarakat kini berubah. Tidak terkecuali kepada bidang pendidikan di mana kita menyaksikan sekolah ditutup dan murid terpaksa belajar di rumah. Guru-guru yang selama ini menjalankan proses PdP secara berdepan dengan murid-murid kini terpaksa mengubah rutin pembelajaran bergantung kepada keupayaan dan capaian setempat murid di sesebuah kawasan.
Berdasarkan lokaliti murid, 4 aspek di bawah menjadi penentu utama bagaimana PdP dapat dijalankan
Bergantung kepada lokasi dan akses yang murid perolehi, pihak sekolah dan guru-guru boleh mempertimbangkan pilihan-pilihan yang sesuai untuk menjalankan PdP dalam tempoh PKP.
Antara pendekatan yang dicadangkan ialah:
Penggunaan digital learning Google Classroom, Padlet, Schoology
Laman YouTube, web dan blog
Aplikasi Telegram, Whatsapps, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan panggilan telefon
Aplikasi panggilan video dan suara seperti Google Meet, Skype, Google Duo
Lembaran kerja digital / fizikal
Pembelajaran / tugasan berasaskan projek
Pembelajaran kendiri terkawal
Kuiz atas talian / luar talian
PdP secara tersusun mengikut keupayaan dan kesediaan murid belajar di rumah boleh diteruskan. Guru boleh mempertimbangkan kemampuan pelaksanaan terbaik yang boleh mereka fikir dan jalankan. Murid juga harus diberi tempoh masa yang sesuai untuk melengkapkan setiap satu tajuk pelajaran. Jangan lupa membuat catatan tentang aktiviti yang dijalankan sama ada secara digital atau fizikal untuk membolehkan guru menyimpan rekod tentang perkembangan pembelajaran murid.
Pihak sekolah perlu cakna dengan perkembangan terkini yang diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa termasuk surat siaran dan dokumen rasmi kerajaan.
Pautan berikut mungkin boleh membantu anda melaksanakan PdP
Anda boleh ke bahagian bahan sumber untuk mendapatkan bahan sokongan yang disediakan mengikut mata pelajaran.