Selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekolah mungkin akan beroperasi semula dengan normal yang baharu. Di peringkat awal pasca PKP, dijangka murid tingkatan lima dan enam akan dibenarkan kembali bersekolah, sementara murid-murid lain akan meneruskan pembelajaran di rumah masing-masing. Perubahan ini melibatkan penyusunan semula murid di sekolah supaya bilangan murid setiap kelas dapat dikurangkan dan memenuhi penjarakan sosial. Tugas guru juga akan disusun semula dengan jadual PdP baharu untuk menyokong kelas-kelas yang diwujudkan. Dalam masa yang sama, PdP untuk murid-murid yang berada di rumah perlu diteruskan dan dilaksanakan dengan lebih baik dan tersusun berbanding masa PKP.
Peperiksaan UPSR dan PT3 telah dibatalkan untuk tahun 2020 ini. Peperiksaan dalaman sekolah juga nampaknya mungkin tidak dapat berlangsung seperti yang telah dijadualkan sebelum ini. Maka, pihak sekolah perlu memastikan segala tindakan pentaksiran dan penilaian tetap dijalankan menerusi pelaksanaan PBD- Pentaksiran Bilik Darjah. Walaupun murid belajar dan ditaksir dari rumah, pencapaian mereka boleh dimasukkan dalam perekodan. Dorongan dan bimbingan untuk murid memperbaiki dan memperolehi tahap pencapaian yang lebih baik perlu diteruskan.
Seperti biasa, bahan PdP boleh diperolehi daripada pelbagai sumber termasuklah bahan sumber Unit Sains dan Matematik, SP, JPN Kedah. Sila ke pautan berikut.
Tonton video ini untuk mengetahui perbincangan berkaitan Normal Baharu Pendidikan yang disiarkan di Astro Awani.