Pelajar hanya dibenarkan masuk ke makmal dengan kebenaran pensyarah atau kakitangan makmal yang bertugas sahaja.
Baca, faham dan rancang proses amali sebelum kelas bermula.
Berpakaian lengkap. Rambut yang panjang perlu diikat kemas. Barang kemas dan perhiasan yang keterlaluan tidak digalakkan.
Memakai kasut yang meliputi kaki sepenuhnya. Sandal tidak dibenarkan.
Pakai cermin mata / cermin mata keselamatan semasa menjalankan amali.
Kot makmal perlu sentiasa dipakai semasa amali dijalankan.
Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal.
Susun beg di ruang penyimpanan yang disediakan. Keselamatan barang-barang berharga adalah di bawah tanggungjawab pelajar.
Tidak dibenarkan bermain-main sewaktu di dalam makmal untuk mengelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan.
Sebarang kemalangan perlu dilaporkan kepada pensyarah atau kakitangan makmal yang bertugas.
Hanya pensyarah dan kakitangan makmal sahaja yang dibenarkan menggunakan kit pertolongan cemas.
Amali dijalankan di bawah pengawasan pensyarah. Amali tidak boleh dijalankan secara bersendirian tanpa pengawasan.
Peka kepada lokasi dan cara yang betul untuk mengendalikan peralatan keselamatan seperti eyewash, pancuran keselamatan, selimut api, penggera keselamatan dan alat pemadam api.
Tutup sumber api sekiranya tidak digunakan. Laporkan kepada pensyarah sekiranya berlaku sebarang kecederaan, kebakaran atau letupan.
Sekiranya berlaku kebakaran, keluar dari makmal dengan segera. Patuhi arahan laluan kecemasan ke tempat berkumpul.
Jangan buang sampah atau sisa pepejal ke dalam sinki. Sisa organik perlu dilupuskan ke dalam botol sisa yang disediakan.
Cuci semua bahan kaca selepas digunakan dan gantung di rak pengering yang disediakan.
Semua peralatan perlu dikembalikan ke kedudukan asal selepas digunakan.
Sebarang kerosakan peralatan mesti dilaporkan kepada pensyarah atau kakitangan makmal yang bertugas.
Cuci tangan selepas menjalankan amali.
Pastikan ruangan kerja bersih dan kerusi dimasukkan semula ke bawah meja.
Makmal ditinggalkan dalam keadaan bersih dan teratur.
PENGENDALIAN BAHAN KIMIA
Peralatan dan bahan kimia yang digunakan perlu mendapat kebenaran daripada pensyarah. Para pelajar perlu mengikut arahan yang diberikan semasa amali.
Tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan dan bahan kimia dari makmal tanpa kebenaran.
Jangan membazir bahan kimia. Ambil bahan kimia mengikut kuantiti yang diperlukan sahaja.
Tutup botol bahan kimia selepas digunakan dengan kadar segera untuk mengelakkan kemeruapan.
Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Elakkan penggunaan spatula yang sama untuk bahan kimia yang berbeza.
Pengendalian bahan kimia berat perlu dijalankan di dalam kebuk wasap. Gunakan sarung tangan dan kaca mata keselamatan sepanjang proses pengendalian.
Sekiranya tertelan bahan kimia, buang segera dan bilas mulut dengan air yang banyak.
Jika bahan kimia bersentuhan dengan kulit atau pakaian, basuh segera di bawah air yang mengalir.
Bersihkan sebarang tumpahan dengan segera. Sekiranya merkuri tertumpah, jangan sentuh. Laporkan kepada pensyarah dengan segera.
Jangan hidu bahan kimia secara langsung kerana ia mungkin beracun atau mengakis.
Pastikan tiada sumber bahan api berhampiran semasa mengendalikan bahan kimia mudah terbakar.
PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK
Pengendalian barangan elektrik memerlukan pengawasan daripada pensyarah.
Tetapkan voltan yang betul semasa menggunakan peralatan elektrik.
Sambungan peralatan elektrik mestilah kuat. Sambungan yang lemah akan menyebabkan bacaan kurang tepat.
Bekalan kuasa utama hendaklah dimatikan selepas digunakan untuk mengelakkan renjatan elektrik.
Penggunaan mikroskop memerlukan pengawasan daripada pensyarah.
PENGGUNAAN SPESIMEN BIOLOGI
Kembalikan spesimen ke kedudukan asal selepas digunakan.
Spesimen yang dibedah perlu dikumpulkan dan ditanam.
Jangan buka penutup piring petri yang mengandungi mikroorganisma tanpa arahan dan pengawasan daripada pensyarah.
Jika piring petri yang mengandungi mikroorganisma retak atau pecah, laporkan kepada pensyarah dengan kadar segera.