CABARAN PdPc NORMAL BAHARU
Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang telah dilaksanakan berikutan penularan wabak virus Corona (Covid 19) telah memberi kesan yang besar dalam mengubah lanskap PdPc di negara kita dan dunia. PKP telah menyebabkan murid-murid tidak dapat hadir ke sekolah tetapi dalam masa yang sama kelangsungan pembelajaran murid perlu dipastikan berlaku. PdPc secara bersemuka di dalam kelas telah digantikan dengan pembelajaran secara maya menggunakan pelbagai kaedah dan pelantar pembelajaran. Keupayaan guru-guru melaksanakan PdPc dalam normal baharu ini telah teruji. Guru-guru perlu cepat belajar dan berusaha meningkatkan kemahiran bagi memastikan mereka berupaya mengharungi cabaran mendatang.
Antara pelantar-pelantar pembelajaran yang perlu diterokai oleh guru ialah :
Google Classroom
Google Sites
Google Meet
Channel YouTube
Laman Web
Blog
Padlet
Dll
Kemahiran yang perlu dipelajari oleh guru pula ialah
Kemahiran menguruskan pelantar pembelajaran terutama Google Classroom dan lain-lain pelantar seperti channel YouTube, blog, laman web dll.
Kemahiran melaksanakan PdP secara atas talian menggunakan aplikasi Meet, Teams, Zoom dll
Kemahiran menghasilkan dan menyunting video PdP untuk dikongsi dengan murid agar mereka dapat belajar pada bila-bila masa secara kendiri.
Kemahiran menghasilkan bahan-bahan latihan interaktif seperti kuiz menggunakan aplikasi Quizziz, Kahoot, Google Form dll
Guru-guru perlu mengambil inisiatif sendiri dalam meningkatkan keupayaan diri kerana kemungkinan besar tiada lagi kursus secara bersemuka dapat dilaksanakan oleh PPD mahupun JPN. Guru-guru mesti mengambil peluang untuk mengikuti kursus-kursus yang banyak dianjurkan secara atas talian oleh pelbagai pihak. Jika guru-guru tidak berusaha meningkatkan potensi diri maka dibimbangi guru tidak akan berupaya menghadapi cabaran bekerja mengikut normal baharu ini. Semua orang perlu berubah agar dapat meneruskan kelangsungan kehidupan pada masa hadapan dan memastikan kita masih dapat berfungsi sebagai guru yang berkesan.
GOOGLE CLASSROOM
KPM telah menyediakan ID Digital Learning kepada semua guru dan murid. Antara tujuan pemberian ID ini adalah untuk membolehkan guru-guru menggunakan platform Google Classroom. Guru-guru dan murid-murid perlu ada kemahiran bagi memastikan keberkesanan penggunaan platform ini. Di bawah ialah pautan yang boleh guru-guru akses bagi meningkatkan kemahiran untuk menggunakan Google Classroom
Guru-guru boleh join group Telegram Google Classroom Training Malaysia
Panduan murid menjawab tugasan guru menggunakan telefon pintar
MENGAJAR SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)
Guru-guru juga boleh mengajar secara dalam talian menggunakan kemudahan Google Meet. Untuk mengadakan kelas online guru-guru boleh mengikut panduan seperti di bawah :
Cara Setup atau Sertai Meeting atas Talian Menggunakan Hangout Meet
Cara Menggunakan Google Meet Mesyuarat atau Kelas Online Utk Admin
GOOGLE SITES / LAMAN WEB / BLOG
Guru-guru juga boleh menyediakan sites yang berfungsi sebagai pelantar pembelajaran yang boleh diakses oleh murid-murid untuk mendapatkan bahan PdP yang diperlukan bagi mendapatkan pengetahun, kemahiran dan menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Selain sites, guru-guru juga boleh membina laman web atau blog yang boleh diakses oleh murid-murid mendapat bahan pembelajaran yang disediakan. Di bawah ialah contoh laman web dan blog yang telah dihasilkan oleh guru.
PADLET
Padlet juga merupakan satu lagi platform yang menarik untuk menempatkan bahan-bahan PdPc untuk menempatkan bahan PdPc. Bahan-bahan seperti dokumen berbentuk nota, latihan, video boleh diletakkan untuk diakses oleh murid. Guru-guru boleh belajar menggunakan Padlet menggunakan pautan di bawah.
MENGHASILKAN DAN BERKONGSI VIDEO PdPc
Selain itu guru-guru juga perlu mahir menghasilkan video PdP supaya dapat digunakan dalam melaksanakan PdP secara maya. Video-video yang dihasilkan ini boleh dimuat naik ke channel YouTube dan menggunakan pautan dalam YouTube untuk dikongsi dengan murid-murid supaya mereka dapat mengikuti PdP di rumah. Penghasilan video ini sangat penting kerana murid-murid berkemungkinan tidak dapat mengikuti PdPc secara atas talian pada masa yang ditetapkan kerana masalah-masalah tertentu seperti peralatan digunakan oleh adik beradik yang lain, gangguan capaian internet, pertembungan kelas dan lain-lain lagi. Dengan adanya video yang dirakam/ direkod atau dihasilkan oleh guru yang diletakkan di pelantar tertentu maka murid berkenaan dapat meneruskan pembelajaran pada waktu yang lain.
Cara rakam skrin komputer dan kamera web untuk menghasilkan video PdPc
Bagaimana rakam skrin telefon pintar untuk hasilkan video PdPc 1
Bagaimana rakam skrin telefon pintar untuk hasilkan video PdPc 2
Boleh belajar dengan Team Cikgootube
Jom guna aplikasi Whiteboard.fi | Online Whiteboard for teacher & classroom
Cara membuat video tulisan tangan menggunakan powerpoint (Tutorial Powerpoint)
KAEDAH PENTAKSIRAN
Kaedah guru-guru mentaksir murid-murid juga akan berubah. Guru-guru tidak lagi dapat memberi latihan, bertanya soalan, mengadakan projek seperti sebelum ini. Dalam normal baharu ini, kaedah guru-guru memberi instrumen dan membuat pentaksiran perlu dilaksanaka dengan kaedah lain seperti :
mengadakan kuiz melalui aplikasi atas talian seperti Kahoot dan Quizziz
menyediakan classwork/ lembaran kerja yang bersesuaian dalam Google Classroom
bertanya soalan dan mendapatkan respons dalam PdPc atas talian seperti Google Meet, Zoom, Teams dll
meminta murid mengadakan projek/ kerja kursus/ tugasan (assignment) dan sebagainya
Antara cabaran yang bakal dihadapi ialah menentukan kesahan hasil kerja murid. Dalam hal ini, guru-guru perlu bijak dalam memastikan hasil kerja murid itu bukan dilaksanakan oleh orang lain. Nilai intergriti dan kejujuran sangat penting dan perlu ditanam dalam diri murid-murid agar unsur penyelewengan, palagiat dan penipuan dapat diminimumkan.
Cara Buat Kuiz Guna Quizizz, assign Google Classroom #cikgootube
Cara Mudah Buat Soalan Subjektif Dan Menyemaknya Dengan GOOGLE FORM
Kandungan dalam laman ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa......
DISKUSI NORMAL BAHARU PENDIDIKAN NEGARA
#Malaysia2020 #AWANINews #MY2020 Normal baharu pendidikan
#AgendaAWANI: Hala tuju normal baharu pendidikan
#Malaysia2020 #MY2020 #BuletinAWANI Normal baharu pendidikan semasa dan selepas PKP
#AWANINews #AstroAWANI #BeritaTerkini Agenda AWANI: Pendidikan era normal baharu
Agenda AWANI: #Hapuscovid19: Norma Baharu Pendidikan Negara
Hala tuju normal baharu pendidikan