PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini, guru-guru tidak dapat melaksanakan PdP seperti biasa. Pembelajaran akan berlaku di rumah. Guru-guru disarankan menggunakan platform Google Classroom untuk melaksanakan PdP. Bagi melaksanakan PdP secara maya ini, guru-guru perlu memanfaatkan sepenuhnya kemudahan Google Classroom kerana semua guru dan murid telah diberi ID Digital Learning.
Langkah pertama yang perlu diambil oleh guru-guru ialah mewujudkan kelas bagi mata pelajaran yang diajar (semua kelas). Selepas itu, bahan-bahan pembelajaran perlu dimuat naik dan dikongsi bersama-sama murid. Guru-guru juga boleh memberi tugasan, menyemak, memberi skor kepada murid-murid serta meminta mereka membuat pembetulan sekiranya perlu.
Guru-guru juga perlu menyediakan Modul Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah sebagai panduan kepada murid melaksanakan pembelajaran di rumah bersama-sama keluarga. Dalam modul ini perlu dinyatakan objektif/ hasil pembelajaran yang hendak dicapai serta aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan. Tugasan berbentuk lembaran kerja, kuiz atau projek mudah boleh diberikan menggunakan kemudahan classwork yang ada dalam Google Classroom. Murid-murid juga boleh melaksakan tugasan dalam fail yang diberikan oleh guru serta menghantarnya untuk disemak.
Contoh Modul Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (Home Based Learning)
Sekiranya guru-guru masih kurang mahir menggunakan Google Classroom sebagai pelantar pembelajaran, cikgu-cikgu bolehlah mengikuti tutorial Google Classroom melalui pautan di bawah.
Join group Telegram Google Classroom Training Malaysia
Sebagai kemudahan kepada guru-guru mendapatkan bahan untuk pelaksanaan PdP semasa tempoh PKP mahupun pasca PKP, Unit Bahasa, JPN Kedah telah menyediakan pautan untuk guru-guru gunakan bersama murid dalam platform Google Classroom. Guru-guru perlu bijak menguruskan bahan-bahan ini dalam kelas Google Classroom yang telah cikgu wujudkan. Pembelajaran murid-murid masih di bawah tanggungjawab guru-guru. Kemudahan sites ini tidak bermaksud untuk mengambil alih peranan guru-guru. Semua bahan dan pautan yang disediakan bertujuan memberi kemudahan kepada guru-guru sahaja. Sekiranya guru-guru memerlukan bimbingan, bolehlah menghubungi SISC+ di daerah cikgu-cikgu mengajar.
Bagi murid-murid yang tiada akses Internet, guru-guru boleh memikirkan alternatif lain untuk menyampaikan bahan PdP dan modul yang telah disediakan. Pihak sekolah dan guru-guru boleh bekerjasama dengan PIBG dan PIBK serta komuniti setempat dalam hal ini. Pusat pungutan bahan juga mungkin boleh diwujudkan di lokasi tertentu seperti pondok pegawal keselamatan, kedai-kedai runcit, surau-surau dan lain-lain yang difikirkan sesuai. Namun begitu, dalam masa yang sama peraturan dalam tempoh PKP juga perlu dipatuhi.
Selepas ini guru-guru perlu membiasakan dan meningkatkan kemahiran bagi menghadapi cabaran normal baharu dalam pelaksanaan PdP. Terdapat kemungkinan selepas tamat PKP ini, tidak semua murid akan berpeluang hadir ke sekolah. PdP secara jarak jauh seperti yang diamalkan sekarang berkemungkinan perlu diteruskan selepas ini. Amalan flipped classroom akan jadi budaya dalam memastikan kelangsungan pembelajaran murid-murid.
PAUTAN BAHAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN DI BAWAH SELIAAN UNIT BAHASA
PAUTAN PLATFORM PEMBELAJARAN MAYA (UMUM)
PLC / PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU
BUKU TEKS DIGITAL