Makmal ini adalah ilham dari guru pemulihan khas SK Kg Simunul iaitu PN. NUR SYAFIQAH LAMARIS ABDULLAH yang sekarang berkhidmat di SK Bubul, Semporna. Makmal ini dirasmikan pada 21 Ogos 2017 yang dirasmikan oleh En. Ag. Jiar Pg. Hj. Duraman, Ketua Sektor Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
KENALI PELOPOR Makmal Kumala Kasih
Nur Syafiqah Lamaris Abdullah merupakan orang yang bertanggungjawab dalam pembukaan Makmal Kumala Kasih. Beliau banyak dibantu oleh guru-guru pemulihan khas di samping kerjasama Guru Besar dan kakitangan sekolah pada masa itu yang banyak memberi bimbingan dan dorongan kepada beliau. Pegawai Meja Unit Pemulihan pada masa itu juga banyak memberi selia bantu beliau dalam menjadikan makmal kumala kasih dapat direalisasikan.