Pemantauan Pelaksanaan Ujian Saringan Pemulihan Khas
Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan semua guru pemulihan menjalankan ujian saringan yang akan berakhir pada 30 September 2024. Pemantauan dilaksanakan di SK Kubang Pinang pada 23 September 2024. Hasil daripada pemantauan tersebut, ujian telah pun dijalankan
Bengkel Verifikasi Data dan Pemetaan Kemahiran Program Intervensi Tahun 1 Bil. 1/2024
Bengkel ini diadakan bagi tujuan memverifikasi data murid yang mengikuti Program Intervensi Tahun 1. Bengkel ini dilihat dapat membantu guru-guru untuk mengurangkan kadar murid yang tidak menguasai 3M di tahun 1.
KINOP (Kumpulan Inovasi Pemulihan Khas)
Pada 20 -21 Jun 2024, Unit Pemulihan Khas telah mengadakan satu pertandingan inovasi. Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru pemulihan untuk terus menghasilkan inovasi bagi membantu murid-murid yang masih tidak menguasai 3M.
Mesyuarat JKKD Bil. 2/2022
Pada 23 Ogos 2022, Sektor Pembelajaran telah mengadakan Mesyuarat JKKD Bil. 2/2022 bagi unit kurikulum termasuklah pembentangan daripada Unit Pemulihan Khas.
KARNIVAL MESRA PEMULIHAN KHAS, SANDAKAN
Unit Pemulihan Khas PPD Semporna telah mengambil inisiatif dengan menerima jemputan karnival pemulihan khas yang dianjurkan oleh Unit Pemulihan Khas, PPD Sandakan bagi memberi ruang untuk pemantapan Unit Pemulihan Khas PPD Semporna.
PROSPER
Post mortem dan Bengkel Kutipan Data PROSPER Pemulihan Khas diadakan bagi membantu guru-guru pemulihan dalam proses mengenalpasti murid yang berkeperluan pendidikan khas (MBPK).
Majlis Penutupan Prosper
Majlis penutupan ini dirasmikan oleh PPD, Tuan Ibnu bin Hj. Jaani di SK Pekan Semporna II.
PLAN
Bengkel Kutipan Data PLAN bagi kohort 1 & 2 di Wisma Pendidikan Negeri, Likas, Kota Kinabalu.
Pegawai Meja Unit Pemulihan Khas
18 Julai 2022 - Tarikh kemasukan pegawai meja yang baharu dalam Unit Pemulihan Khas. PPD Semporna mempunyai 4 orang pegawai meja dalam Unit Pemulihan Khas.
Bengkel Program Pemulihan Khas
Bertempat di Hotel Royale, Tawau, semua 24 pegawai meja PPD daerah di Sabah telah berkumpul untuk menyelaraskan data dan sekaligus menimba ilmu dalam pengoperasian pembelajaran dan komuniti pembelajaran profesional.
Majlis Mahabbah 3 Rasa
Majlis Mahabbah 3 Rasa ini bermaksud simbolik kepada pengalaman pahit manis yang dilalui bersama-sama dengan Unit Pemulihan. Di samping itu juga, majlis ini juga adalah untuk pegawai-pegawai yang berpindah keluar dan pegawai yang berpencen.
Mesyuarat Pemulihan Khas Bil. 1/2022
Mesyuarat Pemulihan Khas Bil. 1/2022 diadakan bagi membincangkan proses kemenjadian murid. Selain itu, perkongsian penentuan penetapan TP PBD bagi murid telah dibuat untuk mengelakkan kekeliruan guru mata pelajaran (perdana) dalam meletakkan TP bagi murid pemulihan khas di sekolah masing-masing.
Penanda Arasan Dari BPSH ke SK Kampung Simunul, Semporna
Sesi Bergambar Dengan YBHG Dr RAHIMAH ADAM, Timbalan Pengarah BPSH, KPM
Coret kenangan bersama YBHG Dr Rahimah Adam, Timbalan Pengarah BPSH, KPM
Sesi Penerangan Mengenai Makmal Kumala Kasih Oleh Mantan YDP MGPK Daerah Semporna