Garis panduan EKSA ini dihasilkan sebagai rujukan seluruh warga Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) dalam usaha pelaksanaan amalan EKSA di institusi. Selain itu, pelaksanaan EKSA ini juga bertujuan untuk:
Mewujudkan persekitaran kerja kondusif yang berimej korporat, kreatif dan berinovasi dengan penerapan amalan hijau.
Memperjelas konsep EKSA, elemen-elemen baharu yang diperkenalkan, tindakan yang perlu diambil pada setiap peringkat pelaksanaan dan kaedah pengauditan yang diguna pakai.
EKSA merupakan satu amalan yang mampu meningkatkan produktiviti serta kualiti penyampaian perkhidmatan.