FAQ berkenaan PdP
Berapa kali pemantauan perlu dilakukan bagi setiap pensyarah?
Pemantauan hanya perlu dilakukan sekali sahaja bagi setiap pensyarah dalam setahun merujuk kepada Garis Panduan PdP edisi 2025. Bagaimanapun pemantauan boleh dilakukan sekali setiap semester sekiranya berkeperluan.
Bagaimana penetapan pensyarah pemantau dan pensyarah yang dipantau.
Pensyarah pemantau akan ditetapkan berdasarkan beberapa perkara merujuk kepada Garis Panduan Pemantauan Pensyarah Edisi 2025. Pensyarah pemantau boleh terdiri dari Ketua Program, Gred Perkhidmatan, Kekananan dan juga atas Kepakaran pensyarah.