Embedded Files

CABARAN PELAKSANAAN AKTA PENDIDIKAN 1996

IMPLIKASI   AKTA PENDIDIKAN 1996

Kesan Positif

Kesan Negatif

KESIMPULAN

Mengakui bahawa ilmu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat menguasai ilmu kemahiran dan nilai-nilai murni.Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal, dan dinamik. Adalah menjadi misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti. Dasar pendidikan kebangsaan adalah berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan.Bagi membolehkan dasar-dasar dan sistem pendidikan dilaksanakan maka Akta Pelajaran 1961 telah dibentuk.Akta ini kemudiannya dimansuhkan dan diwartakan pula Akta Pendidikan 1996 pada 1 ogos 1996 bagi membolehkan syor-syor yang dikemukakan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 dan perubahan pendidikan semasa dilaksanakan.Sehingga kini perkembangan dan pembangunan pendidikan yang berlaku di Malaysia adalah tertakluk kepada segala perkara yang terkandung di dalam Akta Pendidikan 1996. Penyediaan pengajaran yang cekap dengan mengambil kira bahawa murid harus didik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing.

Page updated
Google Sites
Report abuse