UNIT 12 : AKTA PENDIDIKAN 1996
Nama Pensyarah
Dr. Zaini Abdullah
Nama Ahli Kumpulan
Siti Nadia binti Ramly
L202220127782
Nur Iffah binti Ismail
L202220127773
Akta Pendidikan 1996 adalah penambahbaikan kepada Akta Pendidikan 1961. Di mana Akta Pendidikan 1996 dibuat untuk memastikan sistem pendidikan negara berfungsi dengan baik untuk generasi akan datang.
Hak ini, selaras dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang berkualiti tinggi dan terkemuka di dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996 bukan undang-undang baru, ia menunjukkan kesinambungan objektif dan dasar pendidikan yang sedia ada.
Selain itu, ia bergantung pada perakuan penting dalam Penyataan Razak 1956, yang menjadi asas kepada dasar pendidikan kebangsaan sebelum ini. Peruntukan Akta Pelajar 1961 yang masih digunakan sedikit sebanyak dikekalkan dalam Akta Baru.
Tujuan penggubalan undang-undang (Akta Pendidikan 1996) adalah untuk mengembangkan dan memperluaskan undang-undang pendidikan. Oleh itu, Akta Pendidikan 1996 memasukkan beberapa lagi akta.
Peraturan Berkaitan Institusi Pendidikan
Institusi Pendidikan Swasta
Institusi pendidikan swasta yang menyediakan pendidikan rendah atau menengah atau kedua-duanya dikehendaki mematuhi kehendak Kurikulum Kebangsaan (Seksyen 74)
Pendidikan Khas
Menteri boleh mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau dimana-mana sekolah rendah atau menengah (Seksyen 40) dan menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh serta pendidikan khas (Seksyen 41)
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam wajib diajar kepada setiap murid di semua jenis sekolah jika setiap murid di semua jenis sekolah jika terdapat 05 orang / lebih orang islam (Sekyen 150)
Bahasa kebangsaan
Diperuntukkan dengan jelas bahawa Bahasa Kebangsaan adalah pengantar utama dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan (Seksyen 17)
Pendidikan Guru
Maktab perguruan boleh mengendalikan program pengajian di peringkat ijazah dan lain-lain bentuk pengiktirafan kelayakan melalui program kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi atau university dari dalam atau luar negeri (Seksyen 47)
Peraturan Berkaitan Kurikulum
Kurikulum Kebangsaan
Wajib digunakan oleh semua sekolah dalam Sistem Pendidikan (Seksyen 18)
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Diperuntukkan sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan (Sekyen 15) dan semua tadika diwajibkan menggunakan garis panduan kurikulum prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (Seksyen 22)
Pendidikan Rendah
Tempoh pendidikan rendah 5-7 tahun (Seksyen 29)
Pendidikan Menengah
Terbahagi kepada 3 jenis pendidikan menengah di sekolah menengah kebangsaan seperti sekolah menengah akademik, sekolah menengah teknik dan sekolah menengah daripada apa-apa perihal lain yang ditentukan oleh menteri dari semasa ke semasa.
Pendidikan Selepas Menengah
Pendidikan ini telah diadakan di sekolah menegah, kolej-kolej atau institusi pendidikan yang sesuai.
Pendidikan Tinggi
Untuk mempertingkatkan penyertaan penduduk bagi kumpulan umur antara 19 hingga 24 tahun mendapat pendidikan tinggi dengan menambah bilangan university awam dan institusi pendidikan tinggi swasta.
Pendidikan Teknik & Politeknik
Boleh mengadakan program pengajian atau program peringkat sijil, diploma atau lain-lain bentuk pengiktirafan kelayakan dengan institusi pendidikan tinggi dalam dan luar negeri (Seksyen 38)
Jemaah Nazir Sekolah
Terletak di bawah tanggungjawab Menteri Pendidikan (Seksyen 118) dan hanya berfungsi sebagai penasihat (Sekyen 118).
Penilaian dan Peperiksaan
Murid-murid daripada semua jenis dan kategori sekolah disediakan untuk mengambil peperiksaan yang telah ditetapkan oleh kementerian (Seksyen 19 dan Seksyen 67)
Peraturan Berkaitan Bahan Pendidikan
Majalah sekolah & bahan multimedia
tiada majalah sekolah atau multimedia boleh diterbitkan di sekolah kecuali dengan kebenaran guru besar
Peraturan Berkaitan Masyarakat
Persatuan ibubapa dan guru (PIBG) 1998
semua sekolah wajib menubuhkan PIBG bagi memupuk kerjasama pihak sekolah dan ibubapa
Kawasan sekolah
adalah tanggungjawab guru besar bagi memastikan murid berada dalam keadaan selamat di sekolah
Peraturan sekolah berkaitan disiplin
guru besar bertanggungjawab terhadap disiplin sekolah dan boleh menurunkan kuasa disiplin dan kuasa memberi hukuman kepada guru-guru lain
FUNGSI AKTA PENDIDIKAN 1996
Menekankan penggunaan sains & teknologi
Menerapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Menitikberatkan ilmu pengetahuan dalam pendidikan
Menyatupadukan perpaduan kaum