Di tadika Sinaran Jaya, Kami fokus untuk melahirkan murid yang tinggi sahsiahnya, Positif dari akhlaknya dan hebat dalam pelajarannya.
Di sini kami mengambil pendekatan menerapkan adab yang mulia sekaligus membentuk kecemerlangan diri anak-anak didalam pelbagai perkara khususnya pendidikan sehingga mereka mampu untuk berdaya saing dalam apa jua bentuk cabaran pada masa hadapan mereka.
Kami percaya setiap kanak-kanak itu mempunyai kehebatan dan "intelligent" yang tersendiri, Oleh itu kami disini berdiri siapsiaga untuk mengajar dan mendidik mereka sedaya upaya kami tanpa diskriminasi murid cepat, lemah ataupun istimewa.