"Kami adalah prasekolah atau tadika swasta yang berdaftar dibawah kementerian pendidikan malaysia KPM yang mana silibus pengajaran dan pembelajaran PDP kami adalah dibawah seliaan mereka.Kami mencurahkan ilmu mahir membaca sebagai asas kepada pelbagai cabang ilmu dan telah terbukti berkesan menjadikan kanak-kanak tadika khususnya dan orang awam umumnya celik bahasa melayu.Tambahan pula mereka akan mempelajari bahasa inggeris dan jawi sehingga pandai setelah mereka mahir membaca bahasa melayu. Sebagai persediaan, kami mengambil murid berumur seawal 4,5, dan 6 tahun bagi memastikan proses pembelajaran mereka lancar dan sedia menuju ke alam sekolah rendah.Â