Peristiwa 13 Mei 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku antara kaum Melayu dengan Cina dan kemuncak masalah perpaduan di malaysia.Tragedi ini telah megakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan ''Pilihan Raya Umum 1969''yang merupakan satu sejarah negara malaysia.Tragedi ini telah berlaku pada 13 MEI 1969 sebaik sahaja selepas Pilihan Raya 1969 bertempat di Kuala Lumpur dan sekelilingnya sahaja(SELANGOR).Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negetif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepaspenjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.