Assalamualaikum & Selamat Datang
Kursus Kenaikan Pangkat SARJAN TKRS Sekolah-Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan suatu program ulung dan program kemuncak bagi TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS).
Ujian Kenaikan Pangkat Sarjan (TKRS) secara dalam talian merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh KPM untuk ahli-ahli KRS dan TKRS semasa dunia menghadapi Novel Coronavirus (Covid-19) untuk memberi peluang kepada mereka mempamerkan kemahiran yang telah mereka pelajari di sekolah seperti kawad kaki, ikatan dan simpulan, bantu mula, kerohanian dan moral, ujian kecergasan dan sebagainya selain menerapkan ilmu serta kemahiran teknologi maklumat.
Pelaksanaan ujian kenaikan pangkat ini diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk mengenengahkan kemahiran ilmu dan kemahiran pasukan badan beruniform walaupun pelaksaaan aktiviti secara berpusat seperti perkhemahan, kursus, dan sebagainya tidak dilaksanakan.