PEGAWAI KRS
Definisi : Semua kakitangan PPPBS/PPPS di sekolah atau premis KPM yang terlibat dengan KRS atau TKRS. Di sekolah, semua guru yang terlibat dengan KRS/TKRS dipanggil pegawai KRS. (tiada istilah Pegawai TKRS)
Pegawai KRS (Guru Pemimpin KRS) dibahagikan kepada 2 kategori dengan pemakaian yang sedikit berbeza.
1. Pegawai Latihan
Guru Penasihat TKRS dan KRS sama ada yang bertauliah (mengikuti Kursus Kejurulatihan/Kepegawaian) atau belum bertauliah. Pangkat yang disandang ialah antara Leftenan Muda KRS ke Mejar KRS bergantung kepada proses kenaikan pangkat. (lulus ujian kenaikan pangkat).
Tanda utama pada pemakaian ialah lanyard single dan lencana kolar dan poket tanpa pelapik merah.
2. Pegawai Pengurusan
Pegawai yang memakai jawatan pengurusan tertentu bermula dari peringkat sekolah hingga kementerian. Pegawai Pengurusan KRS di sekolah ialah semua Guru Penolong Kanan dan Guru Besar/Pengetua. Di sekolah menengah bermula daripada ketua bidang. Pangkat KRS disandang secara automatik setelah menjawat jawatan pengurusan tersebut
Tanda utama pada pemakaian ialah lanyard anyam dan lencana kolar dan poket berlapik merah.
PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI PENGURUSAN KRS SEKOLAH
Sekolah Rendah
1. Guru Besar - Komandan TKRS
2. Semua Guru Penolong Kanan - Timbalan Komandan TKRS
Sekolah Menengah
1. Pengetuan - Komandan KRS
2. Semua Guru Penolong Kanan - Timbalan KRS
3. Semua Ketua Bidang - Penolong Komandan KRS
JENIS PEMAKAIAN PEGAWAI KRS
1. Uniform No 2 - Pakaian untuk acara rasmi. Bush Jacket KRS digunakan.
2. Uniform No 3 - Pakaian pejabat (sekolah). Dipakai seperti untuk menghadiri mesyuarat dan ke sekolah. Kemeja hijau muda.
3. Uniform No 4 - Pakaian aktiviti dan latihan. Dipakai semasa menghakimi pertandingan kawad kaki, menjalankan latihan dan perkhemahan.
Catatan : Semua guru KRS/TKRS layak memakai semua jenis pemakaian