Ujian dilaksanakan secara dalam talian (rakaman video) dan Ujian Bertulis.
Penyertaan adalah terbuka kepada ahli TKRS Tahun 5 dan 6 sahaja (tahun 2021) sekolah-sekolah KPM.
Di peringkat negeri, pentauliahan Sarjan akan diberikan penyertaan bagi tahun 6 sahaja. Bagi tahun 5 haruslah dinilai oleh Sekretariat Daerah dan Negeri seterusnya dicalonkan ke peringkat Kebangsaan.
Penyertaan adalah dengan kebenaran guru penasihat dan pentadbir sekolah melalui PPD masing-masing.
Peserta adalah pemegang pangkat Koperal TKRS yang telah menyandang jawatan tersebut selama 6 Bulan atau 1 tahun semasa.
Peserta hendaklah berambut pendek dan berpakaian no. 3 (uniform lengkap) dengan tatacara pemakaian yang telah termaktub di dalam buku panduan rasmi KRS Malaysia sepanjang rakaman video.
Durasi video adalah antara tidak lebih 7 minit sahaja. Lebih masa tidak akan dinilai.